Nuffnang

Monday, November 19, 2012

Mensilau Salah Satu Destinasi Percutian

Syukur Alhamdulilah, selamat malam semua pembaca blog ini. Terima kasih sudi melayari blog ini.




Sudah seminggu berlalu musim cuti persekolahan, kalau kita perhatikan parking depan pejabat tuh dah mula kurang sesak. Masing2 mengambil cuti rehat untuk membawa ahli keluarga bercuti ke destinasi yang di ingini. Tak kisahlah dalam dan luar negara, ikut bajet masing2 iya tak? Kita duduk diam2, jangan harap nak bercuti atau sebagainya...hihihi




Kita nih setia menjadi penunggu pejabat kalau musim cuti persekolahan kerana memberi laluan kepada rakan2 opismate yang punya anak2 masih bersekolah. Motifnya bukan cuti sekolahlah kita suka holiday. Tak sesak...kahkahkah





Semalam secara kebetulan kita berkenalan dengan seorang Pustakawan yang memangku jawatan Ketua Pustakawan UiTM Sabah. Dia suggest untuk bajet orang kayalah tuh...kuikuikui. Kalau ke Sabah jangan lupa datang ke Mensilau yang terletak di Kundasang.





Kita nih pantang orang sebut terus mengoogle...kekekeke. Subhanallah, cantik sungguh panorama Mensilau tuh. Tengah bersabar nih untuk fly Januari nih. Insyallah.




Memandangkan sekarang nih cuti persekolahan bolehlah ibubapa bawa anak2 pergi bercuti. Salah satu tempat menarik di Mensilau. Kalau dah sampai sana bolehlah menginap di Mensilau Nature Resort yang membolehkan kita melihat keindahan ciptaan tuhan secara semulajadi.





Bagi yang berminat bolehlah  berurusan terus seperti maklumat di bawah :

Mensilau Nature Resort
Kundasang, Ranau
Sabah, Malaysia

Phone Number: 60 88 303917/ 916/ 915
Fax Number: 60 88 317540/ 310 118



No comments:

Post a Comment