Nuffnang

Thursday, November 8, 2012

Gunung Tangkuban Prahu @ Bandung

Syukur Alhamdulilah..

Wah! Tahap kemalasan yang sangat tinggi. Apa nak jadi dengan kita nih...hehehe. Apa ntah yang kita dah telan sampaikan nak buka lappy pun malas melanda diri....hihihi









Malam nih kita nak bawa pembaca blog nih ke tempat tinggi lagi dingin. Mari ikut kita ke Gunung Tangkuban Prahu. Seawal pagi dah bangun sebab excited sangat nak ke sana...huhuhu. Jakun tapi taklah sampai jadi orang jakunlah sangat! kahkahkah.










Seawal pukul 6.00pg kita dah breakfast di hotel bersama pak incik. Makan sampai lebam selepas tuh ngadap komputer hotel di lobby hotel.

Pukul 8.00pg kita sudah memulakan perjalanan menuju Gunung Tangkuban Prahu. Jalan yang penuh dengan corner dan pemandang yang cantik. Kita elak dari tertidur sebab rugi rasanya tidak melihat pemandangan di kiri kanan jalanraya. 
















Sepanjang jalan hendak ke puncak, kita boleh lihat sawah padi, ladang teh, pokok jagung, strawberi dan pelbagai lagi jenis tanaman yang tidak berapa kita kenali...huhuhu

Di bahu2 jalan banyak terdapat gerai2 menjual buah2an segar dari ladang dan jagung bakar, juga jualan kelinchi ditepi jalan. Kelinchi tuh arnab ya kawan2...hihihi












Dalam masa 2 jam perjalanan akhirnya kita sampai ke puncak. Subhanallah itulah satu2 lafaz yang kita mampu luahkan dari dalam hati. Cantiknya ciptaan Allah, akhirnya kita dapat menjejakkan kaki di situ. Syukur Alhamdulilah. Dengan cuaca yang semakin sejuk kita hiraukan untuk berjalan kesana sini demi mengejar masa. Puas rasanya kita snap gambar...hahaha.

Totally memang best pergi gunung Tangkuban Prahu nih tapi yang tak bestnya masa di sana kita di hampiri penjual barangan cenderahati yang sering mengekori pergerakan kita, rasa tak selesa...huhuhu.

Perjalanan turun dari Gunung Tangkuban Prahu kita rasa pening sikit tapi nak pergi lagiiiiii....hihihi


2 comments:

  1. ooo Kak CT. Ella dah 5, 6 kali ambek gambar kat sini sampai kawan ella ckp agaknya peniaga2 kat situ pun dah kenal kau. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. KC..camtu 1st timekan..jakun sikit..hahha

    ReplyDelete