Nuffnang

Friday, November 16, 2012

Jalan2 Tg. Piai @ Pontian

Syukur Alhamdulilah moga bermulanya Awal Muharam semalam memberi sejuta kebaikan untuk semua. Amin!

Masih dalam status penat, tegang betis nih sebab semalam ada majlis akikah anak sedara di rumah abah kita. Jadinya 'teamwork' sesama adik beradik dan ipar duai yang cukup meriah. Ada je bahan usikan sesama kami....kekekeke






Sehari sebelum Awal Muharam kita kerja seperti biasa memandangkan cuti rehat yang dah tak berapa nak ada nih maka setia jadi penunggu pejabat...hihihi. Motipnya nak simpan cuti, Disember dan Januari percutianku itu sudah melambai2...kahkahkah. Lagi pun banyak statistik yang perlu di selesaikan sebelum kita nak bercuti nanti.

Bila tugas2 urgent selesai, entah macam mana petang tuh kita boleh ambil 3 jam keluar pejabat memandangkan biras sebelah pak incik ada datang ke pejabat bersama anak2nya. 





Tanpa pikir panjang, kita ajaklah dorang ke Tg. Piai memandangkan mereka pun tak pernah ke Hutan Negara Tg. Piai atau lebih dikenali Penghujung Benua Asia.

Bawalah dorang meronda2 dalam hutan untuk berkenalan dengan monyet, siput, ular air, ikan belacak dan menghirup udara segar dalam hutan...hihihi

Frust sikitlah sebab kita terlupa nak bawa DSLR jadinya snap guna hp. Bila dah buat editing inilah hasilnya. Bolehlah...kekeke 






Ok sangkaan kita tidak meleset. Dorang pun first time tengok ikan belacak, ular air dan sebagainya. Huh! Spesis kita jugalah dorang tuh, kiranya kita nih dah jumpa awal sket dari dorang beberapa tahun yang lepas...kekeke

Maka perjalanan petang rabu yang lepas walaupun dalam masa yang singkat tapi itulah pengalaman yang paling berharga buat biras dan anak2 buah kita. Kata orang banyak perjalanan luas pemandangan.







Thanks Nora and kids for coming, ada masa dan kelapangan insyallah kita jalan2 lagi. Moga kemesraan ini merupakan ukhwah sesama kita semua. Give me five...tetttt! And see you at home town mother in law you and me next time...kihkihkih

( ^ ~ )



2 comments:

  1. Saya pun tingin nak ke Tg Piai yang popular ni. Ntah bila ada kesempatannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tg Piai x bape sgtlah AA..pegi Pulau Kukup mmg best...

      Delete