Nuffnang

Monday, December 31, 2012

Al Fatihah @ Kak K

Salam tengahari semua..

Sempatkan diri menaip entri ini  sementara menunggu azan zuhor. Entri ini saya dedikasikan buah Allahyarhamah Kamariah binti Shukor yang merupakan sahabat saya di tempat kami sama-sama mencari rezeki.




Siapalah kita untuk menolak ketentuan ilahi, setiap yang hidup pastinya akan mati. Jadinya yang masih ada di bumi Allah ini carilah amalan sebanyak mungkin.

Saya mengenali arwah sejak kami sama-sama belajar di UiTM, walaupun kami berlainan bidang, saya bidang perakaunan dan dia perniagaan tapi kami kerap berjumpa semasa menghadiri kuliah, dalam LRT dan bas. Dia pernah meminjamkan nota-notanya untuk saya. 

Sejak petang semalam saya terima kiriman sms dari seorang kawan memberitahu arwah sakit tenat. Hari inj jam 11.00 pagi saya macam nak terduduk bila mendengar perkhabaran yang kurang mengembirakan walaupun sudah 2 tahun saya mengetahui arwah bertarung dengan sakit. 2 Minggu lepas saya masih bersua muka denganya di Jusco bersama anak perempuan arwah yang membawanya bersiar-siar.

Apa yang saya kenal arwah mempunyai semangat jati diri yang cukup tinggi dari segi aktiviti sosial dan akademiknya. Dalam masa arwah bertarung dengan kanser dia masih mampu melanjutkan pengajiannya diperingkat master. Subhanallah! Allah pinjamkan sejuta kekuatan untuk hamba sepertinya. Doa dari saya mudah-mudahan arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

Al Fatihah buat sahabat saya Kamariah binti Shukor, saya telah pun kehilangan lagi seorang sahabat yang patut saya contohi kerana kebaikan dan kekuatan semangat yang Allah pinjamkan kepadanya

Moga Kak K damai di sana...


2 comments:

  1. al-fatihah buat arwah......

    selamat tahun baru juga......

    ReplyDelete
  2. Tq qhaifa Nur, slmt tahun baru jgk....

    ReplyDelete