Nuffnang

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Alhamdulilah! Syukur dengan apa yang saya kecapi hari ini punya sebuah keluarga dan nikmat yang Allah pinjamkan sementara ini kalau saya toleh kebelakang dengan membandingkan mereka-mereka yang masih dalam kekurangan.




Selamat tahun baru untuk semua blogger dan pembaca-pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih atas sokongan dan komen-komen yang diberi dalam blog ini. Terima kasih sekali lagi. Ini entri terakhir saya untuk tahun 2012 dan moga ianya keluar pada awal 2013. Insyallah.




Kita tinggalkan tahun 2012 dengan seribu kemanisan dan yang pahit kita buangkan jauh-jauh, itulah harapan saya. Setiap kali menjelangnya tahun baru saya tak suka meletakkan azam yang banyak sebabnya selalu tak terlaksana. Ibarat seperti pisang goreng panas bila dah sejuk terbiar sebegitu sahaja.

Bercakap mengenai azam, saya percaya setiap dari kita menanamkan pelbagai bentuk azam. Sebut tentang azam harap-harap azam kita biarlah seiring dengan keperluan di dunia dan bekalan akhirat.

Memadailah dengan yang seadanya, moga saya diberi nikmat sentiasa untuk mengingati Allah. Membolehkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang dan sentiasa bersyukur dengan Allah. Bila perkara-perkara ini ada dalam diri perkara-perkara lain saya dapat lakukan dengan cukup mudah. 

Moga segala apa yang kita lakukan adalah terletak pada niat dan hati. Apabila niatnya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata, amalannya adalah tinggi nilainya. Sebaliknya jika niat itu lari dan hanya inginkan pujian semata dari orang dan bukannya kerana ingin mendapat keredaan Tuhan, maka amalannya adalah tidak bernilai sama sekali. Ketahuilah bahawa niat yang baik terletak pada hati kerana hati yang bersih menghasilkan niat yang ikhlas. Daripada niat yang ikhlas melahirkan kekuatan yang begitu besar.

So, marilah kita muhasabah diri. Menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dan dapat istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.

Selamat tinggal 2012... 





2 comments:

  1. Semoga bertambah sukses di tahun 2013 ini ~ amin

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ya eko susilo...moga kamu sukses juga..

    ReplyDelete