Nuffnang

Tuesday, January 1, 2013

Menjelang 2013 @ Puncak Bukit Balai Cerapan

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Uwaaa! Malam semalam kita tido sampai jejak 2.00pg. Tidaklah menyambut tahun baru bagai orang muda...hihihi. Saya 3 beranak dan beberapa keluarga sahabat pak incik melakukan aktiviti BBQ di puncak bukit Balai Cerapan. Tiada istilah count down dan sebagainya...hihihi
 
So pada malam semalam 1/1/2013 tepat jam 12.00pg saya dan ramai pengunjung yang berada di puncak bukit melihat kerlipan letupan bunga api di ruang angkasa di beberapa tempat di bandaraya Johor Bahru yang boleh saya saksikan dengan jelas dari puncak bukit di Balai Cerapan.
 

BBQ nih memang best sangat sebab time nih laa masa untuk kita orang gather ramai2. Ambil peluang untuk berjumpa dengan yang lain. Sambil membakar  ayam, sosej, ikan, dan sewaktu dengannya. Ada juga yang makan sambil melihat keindahan bandaraya Johor Bahru pada waktu malam. Subhanallah! Cantiknya keindahan bandaraya JB pada waktu malam.



Sambil menikmati keindahan malam yang dibuai bayu sejuk di puncak balai cerapan,  terasa lah pulak macam dekat puncak gunung.  Lepas tuh around pukul 1.00pg saya seisi keluarga orang pertama yang mula menuruni bukit terlebih dahulu.







Harap2 kalau ada masa yang terluang dapatlah kiranya berkumpul sama2 macam nih lagi. Memang best! Paling seronok malam semalam sewaktu menuruni bukit kelihatan satu kumpulan haiwan yang tidak diundang...hihihi. Sekumpulan vavi cuba melintasi jalan di hadapan kereta kami.  

 

No comments:

Post a Comment