Nuffnang

Wednesday, January 2, 2013

Yesterday Once More, Al Fatihah Buat Ibu Saya

Alhamdulilah, selamat malam semua..

Saya dedikasikan entri ini tarikh pemergian ibu saya kembali ke rahmatullah. Rasa sebak semasa  menaip entri ini, cuba menahan tangis tapi menitis juga. Esok tarikh keramat bagi ahli keluarga saya. Arwah ibu saya kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2006 yang merupakan hari pertama memulakan persekolahan pada tahun 2006. Pejam celik dah 7 tahun mak tinggalkan saya. Astghfirullah! Saya tak boleh menangis, kesian mak saya tapi...





Subuh yang sunyi di wad ICU saya dan kakak berpelukan bila doktor mengesahkan mak pergi buat selamanya. Dia pergi tanpa meninggalkan pesan. Tinggallah saya adik beradik dan abah semasa pemergiannya, bagaikan disentap keluarga kami ketika itu dalam usianya 61 tahun sebab dia tiada mempunyai apa2 rekod penyakit.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana limpahan rahmat dan barakahNya akan sentiasa mengiringi mak walau di mana jua mak berada. Juga kepada abah, semoga mak dan abah akan bahagia bersama di dunia hingga akhirat. Amin.





Walaupun masa sudah berlalu dengan memasuki fasa 7 tahun, saya tidak pernah merasai mak saya sudah pergi buat selamanya. Saya masih merasakan dia selalu ada di sisi saya. Mimpi saya sebanyak 3x, lagi membuatkan saya terasa hampir dengannya walaupun tanpa sepatah kata.

Terlampau banyak pengorbanan yang mak telah lakukan untuk kami. Kalau saya nak senaraikan satu persatu memang sampai setahun pun tak siap. Terima kasih mak kerana membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Bagi saya  mak adalah ibu terbaik didunia. 

Saya harap ibu2 di luar sana dapat memberikan pengalaman yang sama kepada anak2 sebagaimana mak saya. Sayangilah ibu anda.

Moga damai mengiringi mak di sana, Anak mak nih selalu ingat tentang mati. Sampai masanya saya juga akan kembali ke sisi Tuhanku. Moga sayangku pada emak adalah sayang yang berkekalan dan takkan berkesudahan.






Terima kasih mak menghalalkan susu yang mengalir ditubuh kami, moga doa2 saya setiap waktu dan hari tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan mak di sana.

2 Hari yang lepas sempat saya bersendirian menjengok pusara mak, pokok mawar warna pink yang saya tanam semasa raya Aidil Fitri 2012 mengeluarkan bunga yang lebat, harap begitulah kegembiraan mak di sana. Subhanallah!

Al Fatihah buat ibu saya, Allahyarhamah Tuminah binti Hj Kasan. Moga mak damai di sana.


6 comments:

  1. Kak ct..sy nangis ni baca..Alfatihah utk arwah ibu akak. Moga rohnya tenang aman damai dengan rahmatNya. Ameen

    ReplyDelete
  2. Cuada...nangislah sebab nangis tuh menunjukkan tulisan dari hati kak CT. Akak dah puas menangis sebab akk x pnh rasa mak akk dah tak ada. Dia selalu ada bersama kami....Terima kasih sedekahkan mak akk Fatihah

    Jaga diri baik2 kat sana..rajin2 call atau bertanya mak cik Syu ya...;)

    Miss u forever...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih baby lydia...moga gembira selalu hendakNya..

    ReplyDelete
  4. takziah ye. semoga tabah taw :)
    Al-fatihah ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima aksih Yasmin Aris...wah seropalah kita...:)

      Delete