Alhamdulilah! Dengan perjalanan hidup saya walaupun ada manis dan pahit getir yang harus dilalui.
Allah sentiasa memberi pebagai petunjuk dan hidayah sebab kita semua kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ingatlah! Kita boleh berlakon dengan pelbagai cara dan menipu manusia tapi tidak sama sekali dengan Allah.

Alhamdulilah itulah kata-kata yang mampu saya nasihatkan. Semakin hari saya merasakan dekat sangat dengan Allah. Subhanallah, terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan sedikit kekuatan dan pinjamkan petunjuk2 dariNya. Kau luaskan pancaindera dan akal dengan melihat mereka yang melanggar laranganmu. Moga anak2 saya tidak mengikuti jejak seperti mereka. Nauzubillah!
Apa lagi yang nak dikata, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Hanya mereka yang berada pada situasi tersebut memahami apa yang dilalui. Mampu berdoa agar Allah bukakan pintu hatinya kembali ke pangkal jalan.
Wahai ibu dan ayah, jauhi daripada melakukan perkara2 yang mendatangkan kecurangan atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan pada anak-anak dan rumahtangga. Maka timbullah rasa ego yang sangat tinggi, tidak bertanggungjawab dan sikap panas baran. Jauhi sikap suka berpura2 dalam kehidupan seharian, sebagai hamba apa yang dilakukan mestilah ikhlas dengan Allah Taala dan ahli keluarga.
Biar hari ini kita menangis sebab kejahilan diri, bila sudah tersungkur kemudian hari kita sudah tiada apa-apa.
Renung-renungkanlah bersama, hidup ini hanya pinjaman sahaja.
Renung-renungkanlah bersama, hidup ini hanya pinjaman sahaja.
No comments:
Post a Comment