Salam untuk semua. Mood malas nak menaip....huhuhu. Saya sekadar berkongsi apa yang saya dengar di majlis ilmu. Tetapi ini semua adalah penilaian kepada insan yang buta mata hatinya, apa yang dilakukan sekadar lakonan dunia semata-mata.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Kemuliaan dan keruntuhan akhlak terletak di tangan seseorang,
walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu
merubah segalanya. Sayang sekali lebih2 lagi kiranya yang sudah menjangkau usia warga emas.
Kerana itulah sebagai ibubapa, kita perlu menjadi contoh terbaik terhadap anak-anak.
Mudah2an kita semua menjadi ibubapa yang menyenangkan dan menenangkan hati anak-anak. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi,
begitu juga dalam sebuah keluarga diciptakan untuk saling melengkapi.
Namun, matlamat hidup setiap hamba Allah adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT bukannya untuk mengejar maksiat dan sebagainya. Nauzubillah.
Moga kita semua dapat menjaga maruah serta apa yang lahir dari diri masing-masing yang sentiasa mencari kemurnian diri.
Petikan dari kata-kata :
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara dunia dan akhirat selamanya. Ukurlah baju di badan sendiri.
Petikan dari kata-kata :
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara dunia dan akhirat selamanya. Ukurlah baju di badan sendiri.
No comments:
Post a Comment