Syukur Alhamdulilah dengan nikmat hari ini. Esok cuti umum sempena Hari Krismas, kita tido lewat sedikit. Hari rehat seduniakan...kikiki. Malam ini saya usahakan entri ini atas rasa kasih sayang dengan kucing2 peliharaan saya. Terima kasih Bron, Betty, Garfield, Ciwa dan Uteh. Luv u so much...!
Hidup manusia akan terbatas dan terkongkong apabila ada sekatan perasaan tetapi ada sesetengah bila dengan haiwan secara automatik menjadi penyayang.
Manusia tidak pernah lari dari kenyataan, sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti betapa pengasih
dan pemaafnya Rasulullah SAW yang patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman. Cerita-cerita itu
menunjukkan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW sama ada kepada
manusia atau bintang, yang sepatutnya dicontohi oleh umat Islam.
Erk! Moga kita semua tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah, mungkin ada di antara kita
yang terlalu leka dengan binatang peliharaan hingga terlupa untuk solat
atau berzikir mengingatiNya.
Insan sejati akan menganggap bahawa semua binatang atau haiwan
sebagai makhluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai hak untuk hidup aman di
muka bumi. Makhluk ini dihormati dan disayangi semata-mata kasih sayang
Allah SWT kepadanya.
Doakan saya moga menjejaki hidup Rasulullah SAW yang menunjukkan betapa tingginya sifat kasih sayang seperti baginda terhadap haiwan kesayangan. Ya Allah kau tanamkan rasa sifat sabar, penyayang dan rasa belas kasihan kepada binatang peliharaan kami. Amin!
Comelnya kucing2 kak CT :)
ReplyDeleteSaya pun sayang kucing2 saya ^^
Siti R : Tima kasih :)
ReplyDelete