Nuffnang

Friday, January 4, 2013

Timun Tikus


Alhamdulilah...

Selamat malam semua dan selamat melayari blog saya yang tak seberapa ini. Bacalah seadanya apa yang temampu saya tulis dalam blog ini setiap malam.

Masih dalam mood penat sebab siang tadi saya ke bandar Muar atas urusan peribadi. Selesai urusan sempatlah juga meronda-ronda bandar koboi dengan pak incik. Menaip sambil makan kismis. Hah! Jemput makan semua...hihihi






Malam ini saya nak kenalkan kepada semua pembaca dengan spesis pokok yang di panggil nama 'Pokok Timun Tikus', kalau nama saintifik minrtak hamfun dan maaf sebab saya memang tak tahu...hihihhi. 

Harap blogger  Dedaun Alam  terbacalah entri nih sebab dia tuh kaki berkebun. Mungkin dia tahu tentang Timun Tikus agaknya. Saya sesekali rajin juga masuk blog dia sebab suka membaca tentang hasil tanamannya.






Bagaimana saya mengenali pokok dan buah Timun Tikus? Saya nih dulunya datang dari anak orang susah, anak peneroka felda yang tahu erti kesusahan ibubapa saya.

Zaman kanak-kanak remaja saya kalau hujung minggu ke ladang kelapa sawit sudah menjadi kebiasaan kami, tiada kamus geli dan takut dalam diri ini dan kakak sulong saya. Ini cerita realiti yang pernah saya lalui kalau nak dibandingkan dengan adik-adik di bawah kami agak lebih beruntung sedikit.

Alhamdulilah saya bersyukur dengan pengalaman yang cukup bermakna inilah banyak mengajar saya apa itu hidup susah dan secara tidak langsung saya kenal spesis-spesis pokok. 






Saya mula mengenali pokok Timun Tikus dari abah saya. Terima kasih abah kenalkan kami spesis pokok ini. Sayu je hati  bila sebut nama abah. Bergenang airmata kejap. Sebak! Ianya bermula bila saya ke ladang kelapa sawit, masa tuh usia saya dalam 9-12 tahun.

Bila abah cakap buah pokok Timun Tikus boleh makan. Kami akan patuh cakap abah terus mencuba untuk makan tanpa memikirkan risiko. Cuba budak sekarang, dah berapa kali agaknya soalan yang dia bagi kat kita kalau suruh makan buah Timun Tikus nih. Silap2 kita di katanya spesis tikus pulak...hihihi

Wow! Betullah buah Timun Tikus memang sedap dan rangup. Kalau nak dibandingkan dengan timun biasa lebih sedap Timun Tikus lagi cuma beza buahnya  kecil-kecil.






Baru-baru ini saya balik rumah abah, terpandanglah dipagar belakang rumah orang tua saya. Excited untuk mengambil gambar sambil bersembang dengan adik perempuan saya. Malam ini saya sempatkan diri  untuk upload gambar2 yang telah di ambil untuk ditepek dalam blog ini bagi tujuan untuk pengetahuan orang-orang muda yang tahap anak saya.

Belum sempat untuk merasa keenakan buah Timun Tikus sebab ingin menjadikannya benih. Abah saya berpesan agar saya dapat menanamnya di pagar rumah untuk dijadikan hiasan rumah. Wah! Semestinya cantikkan?

Pokok Timun Tikus yang ada dipagar rumah abah saya pun tumbuh secara melata mungkin disebarkan biji benihnya oleh burung. Abah saya pun jaga sehinggalah menghasilkan buah untuk ditunjukkan kepada cucu-cucunya yang pulang kekampung.

Begitulah abah saya yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dari anak-anak sehingga ke cucu. Terima kasih abah, walaupun sekadar Timun Tikus.


10 comments:

  1. Saya sendiri pun tak pernah dengar buah Timun Tikus. Bunyi macam rangup jer kan? Enak tu makan gitu saja macam ulam.

    ReplyDelete
  2. aah AA memang makan begitu saje...:)

    ReplyDelete
  3. Get a Free Facebook T-Shirt
    http://www.freefacebookmalaysia.tk/

    ReplyDelete
  4. Bila dah banyak benihnya nanti harap puan sudi berkongsi. Masa kecil dulu saya pun pernah jumpa di kebun getah. Sekarang dah tak nampak. Yang saya ada tanam pun dipanggil timun tikus juga tetapi nama saintifiknya coccinia grandis. Saya ingat yg ini bukan yg puan paparkan mahupun yg dlm kenangan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah boleh tp bulan lepas balik abah saya ckp dh terkena semburan racun...huhuhu. Orang tua meracun rumput2 tepi pagar so dia main sembur je la...nnt saya cuba carikan kot2 ada yg terselamat kot...:)

      Delete
  5. assalam.. 2 minggu lepas pokok ni berbuah dilaman akak..akak ingatkan wpokok liar... udah dibuang.. sayangnya... buahnya saiz kacang je kan.. kecil2...

    ReplyDelete
  6. mana nak cari benih nya.

    ReplyDelete
  7. Salam ad bnih x?? Nk bli boleh??

    ReplyDelete
  8. Salam ad bnih x?? Nk bli boleh??

    ReplyDelete
  9. saya ada benih dia nanti saya bgai gamabr

    ReplyDelete