Nuffnang

Sunday, January 6, 2013

Mendidik Hati Supaya Tidak Berbohong

Alhamdulilah, moga esok hari ahad memberi seribu kebaikan pada kita insan yang serba kekurangan. Kenikmatan menghirup udara itu masih ada lagi. Kuasa Allah menggerakkan saya untuk menaip malam ini. 

Allah beri saya dengan pelbagai ujian.  Benarlah, hati yang Allah pinjamkan ini sering sahaja berlegar-legar memikir andai tali iman tidak kuat mengikat hati kita. Sebab sentiasa bersangka baik dengan Allah. Cuba tanamkan sikap sabar tapi bagaimana dengan hambaNya yang lalai tambah yang suka bercakap bohong?


 





Puas saya bertanya, kenapa dan apa yang di cari dengan hamba yang suka bercakap bohong. Kalau ada yang terasa hati bagus jugak. Sekurang2nya menyedarkan..

Secara peribadi saya kurang gemar melayan percakapan orang yang suka bercakap bohong. Demi menjaga perasaan orang kadang-kadang saya melayan percakapan secara  terpaksa, bukan dari hati saya. Terus terang tak suka bersubahat dengan kaki pembohong...lalala







Allah begitu sayang akan hampa-hambaNya. Mungkin best sangat kot bercakap bohong sebab nak cover diri sesama manusia tapi dengan Allah padanya belakang kira. 

Bila kita suka bercakap bohong pintu-pintu rezeki tertutup dan sebagainya. Cari rezeki banyak mana pun pasti sentiasa tak cukup rezekinya.






Mudah-mudahan dihujung usia senja ini moga Allah pinjamkan hambaNya hati yang bersih. Maka, mari kita jaga hati kita selalu. Jangan  biarkan hati kita kotor dengan sikap suka berbohong sesama manusia lebih2 lagi dengan anak2 dan isteri. 

Jangan biarkan hati kita ternoda dan gelap tanpa nur Allah. Masuklah pintu taubat selagi belum ditutup Allah. Muhasabah diri itu paling utama. Marilah kita sama-sama berpimpin tangan menuju redhaNya. Subhanallah.



No comments:

Post a Comment