Helooo dan salam sejahtera semua. Selamat malam semua pelayar2 yang mengunjungi blog saya saban waktu. Terima kasih semua.
Semoga Allah menilai tulisan ini sebagi sumbangan kecil untuk tatapan umum bagi menguatkan jiwa dalam masa tempoh ujianNya. Insyallah.
Biar pun saya menulis sependek mungkin dalam entri ini, agar pembaca blog saya merasakan Allah yang menentukan, mencatur perbuatan manusia bahawa Allah sentiasa ada disetiap belakang peristiwa kita. UjianNya tanda kasih sayangnya kepada kita akan lebih baik daripada belaian orang tersayang. Subhanallah.
Yakinlah, ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. Allah lebih kenal siapa kita daripada kita mengenal diri sendiri. Setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan Allah untuk hambaNya, Tapi kita selalu keluh kesah, jika kita sabar menjadi pahala. Subhanallah. Cuma amalan ini tidak nampak tapi menusuk rasa dan berkesan di hati.
Sebaik-baiknya, belalah diri kalau dirasakan jiwa kita tidak mampu menanggung tuduhan dan perbuatan orang yang melampaui batas. Ingatlah kebenaran mestilah ditegakkkan.
Merasakan kekurangan diri, rasa terhina dan rasa lemah bukan mudah untuk dicapai jika kita bijak meningkatkan rasa kehambaan dengan Allah. Ingatlah bila ada ujian berat, di situ nanti ada kemenangan yang indah.
Percayalah dengan kata-kata saya malam ini, Allah cintakan hambaNya yang patuh suruhanNya dan meninggalakan laranganNya.
Renung2kan dan selamat malam semua....:)
No comments:
Post a Comment