Selamat pagi semua dan terima kasih membaca blog saya. Sekarang saya berada di Shah Alam sejak hari jumaat lagi kerana menghadiri majlis konvokesyen anak perempuan saya.
Bersyukur sangat dengan dugaan 2 hari ini. Pagi khamis semasa hendak ke pejabat brek pad kereta saya bermasalah dan semalam di highway area Seremban tayar kereta saya meletop.
Saya percaya itu dugaan kecil dari Allah. Walaupun kereta yang dipandu oleh saya berganjak sehingga ke line lain, saya tidak panik walaupun di kiri kanan saya dipenuhi kenderaan yang sedang laju di atas highway. Alhamdulilah saya percaya Allah nak bagi banyak kebaikan untuk saya.
Jam menunjukkan 6.10 pagi sekarang saya masih menginap di hotel area Shah Alam dan jam 8.00pg akan berangkat ke majlis konvokesyen. Malam tadi sempat makan Burger Bakar Abang Burn dan Icity di Shah Alam. Pergi Icity pun sekejap je sebab dah beberapa kali masuk so dah rasa boring...kikiki. Dah rasa tak ada apa2 yang menarik untuk di tengok so balik ke hotel dan terus rehatkan diri.
Alhamdulillah, cemas jugak tu, tayar meletop. Syukur tidak panik dan tiada kejadian buruk berlaku.
ReplyDeleteApapun tahniah buat anak perempuan CT yang menerima ijazah di hari konvo. Course apa eh?
Terima kasih AA,
ReplyDeletetahniah kak CT. Lepas ni sambut menantu pulak ehhh! Macam mana nak makan burger yang tinggi macam tower tu?
ReplyDeleteTima kasih smell delicious aka inachomel. Menantu? Belum berapa nak ada..kikiki. Really sedap burger tuh...apa susah ngap je ...kikiki
Delete