Selamat malam semua dan salam sejahtera buat pembaca blog saya, marilah sama2 kita tingkatkan amalan kita semua dengan sedekahkan Al Fatihah buat semua umat Islam yang hidup atau pun sudah mati di dunia ini.
Malam ini saya terlebih rajin untuk mengetahui pencarian google yang paling aktif di alam maya ini. Sekadar berkongsi melalui apa yang saya dapat. Mungkin juga ada yang dah tahu tentang carta paling tinggi dalam enjin carian Google Malaysia.
Bagi yang tak tahu mungkin ingin tahu jugakkan? Kalau nak tahu siapakah paling
top dicari dalam enjin carian Google. Kali ini, saya nak kongsikan apakah yang paling dicari oleh rakyat Malaysia menerusi enjin carian Google.
Saya sekadar berkongsikan kepada dunia maya untuk dibaca oleh pembaca blog saya. Ia bukan untuk cari populariti, ia adalah satu perkongsian bagi menyemarakkan ilmu dan pengetahuan yang baik dan tidak lebih dari itu untuk menyampaikan
sesuatu kebaikan.
- SAPS
- Gangnam Style
- 9GAG
- Proton Preve
- Zalora
- Zerg Rush
- Rotikaya
- Adam dan Hawa
- SPLG
- Bersih 3.0
Di carta pertama adalah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah,
iaitu sebuah sistem penyemakkan peperiksaan pelajar bagi sekolah rendah
dan menengah di Malaysia. Ia menjadi popular mungkin kerana
keprihatinan kebanyakkan ibubapa yang mahu melihat pencapaian anak-anak
mereka dalam akademik anak masing-masing.
Di tangga kedua ialah Gangnam Style yang memang
mencetuskan fenomena luar biasa, bukan setakat di Malaysia tetapi juga
di seluruh dunia. Ramai yang nampaknya nak tahu apa yang istimewanya
Gangnam Style ini tapi saya tak minat...hihihi
Manakala 9GAG pula popular kerana ramai yang mungkin mahu mencari
bahan lawak ketawa untuk pengisian minda supaya tidak stress.
Proton Preve yang menjadi antara model kereta nasional terhangat
di pasaran automotif Malaysia juga banyak dicari oleh orang ramai dalam
carian Google, hebat juga kereta Nasional ini.
Termasuk dalam senarai pencarian paling popular Google Malaysia adalah Zalora, Zerg Rush, Rotikaya, Adam dan Hawa, SPLG dan Bersih 3.0, hebatkan! Saya sekadar menumpang gembira bila melihat kejayaan mereka.
No comments:
Post a Comment