Nuffnang

Saturday, March 2, 2013

Minggu Bermotivasi

Selamat malam semua pelayar2 yang sudi membaca blog saya. Teringat saya akan maksud dari sepotong ayat.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mngubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya - Ar-Ra'd 11


 

Saya merasakan minggu ini cukup bermotivasi. Kenapa saya mengatakannya sebegitu? Bermula hari sabtu lepas saya mengikuti Seminar Mukmin Profesional bersama ustaz Pahrol Mohd Juoi, The Messengers bersama ustaz Don, Imam Muda Ashraf, Brother Shah Kirit dan Hafiz Hamidun. 





Manakala malam semalam pula Training ESQ bersama Dr Firdaus DJamaris dan petang tadi Kawalan Minda bersama Y. Bhg Datin Seri Zainah Moktar.





Syukur Alhamdulilah saya antara satu dalam sejuta insan di dunia yang terpilih olehNya dalam seminggu ini dan saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menimba ilmu secara percuma dan mudah kalau nak dibandingkan dengan orang lain.





Bila ilmu bertambah, harap saya dapat menggunakan sebaik mungkin untuk diri ini dan menjadi hambaNya yang sentiasa bertakwa kejalanNya.




Saya merasakan cukup beruntung kerana berkerja dalam sebuah taman ilmu. Saya percaya Allah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada saya yang dikehendakiNya.

Mudah-mudahan saya menjadi seorang hambanya, seorang ibu dan isteri yang sentiasa melihat dimana saya terjatuh, tetapi melihat di mana saya tergelincir.

Sekadar berpesan juga mengingatkan diri sendiri...

Life is about the journey
and not the destination
It's about showing up
with a heart open to learn to love
  

No comments:

Post a Comment