Selamat tengari semua, memandangkan rehat yang panjang sampai tak tahu nak buat apakan...hihihi. Baik mak Jemah menaip entri yang boleh mendatangkan pekdah...hihihi
Kali nih nak sambung perjalanan saya sewaktu di Sabah pada bulan lepas, maklumlah bz yang tahap melampau jadinya blog nih agak bersawang sikit iya tak? Ok dah bersihkan tahap blink2...kikiki. Lepas nih mak Jemah kena cite perjalanan ke Sabah dari sebuah daerah sehinggalah ke daerah yang lain. Saboh eh!
Ke Ranau belum, ke Kundasang belum tapi ke Kota Kinabalu sudah. Sekarang kita pergi
jap ke Pekan Nabalu! Jom ikut saya...huhuhu. Nih barulah jalan-jalan cuci mata. Pada
yang tak tahu, pekan Nabalu ni adalah pekan kecil yang terletak di
antara Kota Kinabalu dan Kundasang.
Pekan Nabalu dikenali sebagai pekan kecil yang
menjadi persinggahan para pelancong sebelum menuju ke Kundasang. Maka ramailah omputeh kat pekan Nabalu ya, membelek buah2 esotik termasuk yang menulis entri nih...miahahaha.
Dekat sini
ada disediakan platform untuk mengambil gambar berlatar belakangkan
Gunung Kinabalu. Tapi saya sampai dah tak boleh pijak platform tuh, macam tahu je geng gorila nak datang...hihihi. Banyak kedai jual
souvenir ada kat sini. Sempat saya membeli sehelai kain batik corak moden. Cantik uols, perasannya haku...huhuhu.
So,korang
tengoklah gambar-gambar yang ada ni. Saja nak kongsi sikit pengalaman
menarik saya sepanjang berada di sana. Kalau rasa bosan, tak payah
tengok! Tutup dengan tangan muka tuh ya..hahaha.
Rasa seronok tengok kehidupan mereka yang tenang kat sini. Macam takda masalah je tengok hidup macam nih. Macamlah saya nih tahu sangatkan...hihihi. Cuma sangat berbeza kehidupan penduduk Nabalu nih kalau nak dibandingkan dengan corak kehidupan saya sekarang. Haih! Rasa nak duduk sana je! Kejanya sebagai seorang penyumpit boleh kot...hihihi
Ok nanti bila berkesempatan saya sambung lagi kisah perjalanan saya sewaktu di Sabah bah! :)
Kongsi kou = Terima kasih
No comments:
Post a Comment