Nuffnang

Monday, March 4, 2013

Rumah Terbalik @ Tuaran

Selamat malam semua dan selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Yeah! Kali ini kita sambung semula cite jalan2 Sabah bah..ngeee. Banyak lagi nak citer pasal ke Sabah hari tuh tapi memandangan kekangan masa. Kadang2 maklumlah nak bercerita tuh payah juga nak kene ingat balik dan nak kene fikir balik :)








Kali nih saya melawat pula ke tempat yang agak pelik iaitu Rumah Terbalik. Tempat nih antara yang kita dah mengoogle hampir setahun yang lepas. Maklumlah, kalau nak ke luar negara untuk melihat rumah terbalik nih memakan kos yang agak tinggi. Alhamdulilah di Malaysia sudah ada yang sudi mengusahakan tempat sebegini. Memang ramai pelancong yang datang ke Rumah Terbalik sepanjang saya menghabiskan masa melawat kesitu.

Ia dikatakan antara yang pertama dibina di Malaysia dan hanya terdapat di sini. Ia terletak di Jalan Telibong ,Tamparuli dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kota Kinabalu, Sabah. Ia mula dibuka kepada orang awam pada tahun 2012 dan telah ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke sini. Apa yang menarik di sini adalah semua peralatan rumah seperti meja, kipas dinding, set bilik tidur, dapur, tandas dan sebagainya di dalam rumah ini adalah terbalik. 99% Kesemuanya terbalik kecuali aircond...kikiki







Kalau tak percaya anda bolehlah datang sendiri ke sini.  Nak tahu camna rupanya rumah terbalik nie, kenalah berkunjung kesana sebab kami hanya dibenarkan mengambil gambar di kawasan luar sahaja...huhuhu. Mula2 nak masuk  ke rumah nih agak pelik sikit, kena ketuk gong kuat-kuat ..1..2..3. Tooooongggg!

Dekat luar rumah ada garaj dan kereta kancil yang terbalik. Eh! Rasa macam bahaya je Kot2 terjatuh kereta tuh..huhuhu. Jakun saya dah mula kuar, siap tak bagi pak incik dekat2 :)




 



 
Kalau diperhatikan betul-betul kat luar tu ada basikal yang terbalik termasuk pasu bunga. Pendek kata kalau masuk ke dalam rumah tu semuanya terbalik  tapi jangan pening sudah.
 
Oklah setakat nie dulu untuk post kali nih, kalau nak tengok dengan lebih dekat lagi kenalah datang ke sini. Nantikan travelog saya seterusnya iaitu ke daerah Ranau pulak dalam  post yang akan datang.

 

2 comments:

  1. saya baru nak tanya ...pening ke tidak masuk kat dalam tu...teringin juga ke Sabah...tapi tangguhkan dulu ni..

    ReplyDelete
  2. pening2 lalat...ntah saya ok je tp jangan lama2 sgtlah...set dlm minda 'mesti x pening'..hihihi

    ReplyDelete