Nuffnang

Tuesday, March 5, 2013

I Love Malaysia : Bacalah Tausug & The Sulu Sultanate

Eloooo pembaca blog saya yang sangat saya sayangi semua. Selawat serta salam buat junjungan nabi Muhammad SAW dan salam sejahtera semua.

Masih bercerita tentang negeri di Bawah Bayu @ Sabah. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan sahabat2 kita yang berada di Sabah tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya. Kasihanilah mereka.

AlFatihah buat pejuang2 negara yang kembali kerahmatullah bagi menegakkan keamanan negara. 




Bagi yang teringin mengetahui cerita sebenar bolehlah membaca buku sejarah Tausug & The Sulu Sultanate. Jiwa saya sebagai anak Malaysia meluap-luap untuk memberikan pendapat dan di kongsi bersama dengan warganegara Malaysia yang cintakan negara Malaysia. 

Persepsi saya setelah membaca biodata dan pengelibatan beliau pada gerakan kemerdekaan Sulu. Beliau anak keturunan Suluk kelahiran Sabah yang memegang MY Kad Negara Malaysia dan mendapat keistimewaan sebagai warganegara. Menetap di semenanjung, mendapat pendidikan menengah rendah sehinggalah ke universiti dan berkerja di Malaysia dan mendapat keistimewaan sebagai penduduk bumiputera Sabah dengan menggunakan sumber-sumber kerajaan Malaysia sepenuhnya.

Beliau terlibat secara langsung pada proses memerdekakan Sulu dan membantu untuk menjayakan perjuangan Tausug di Kepulauan Sulu. Beliau secara terang-terangan mengaku dilantik sebagai wakil kerajaan Sulu yang akan dibentuk pada 2010. Persoalannya, Kenapa Asreemoro begitu beria-ria hendak memerdekakan Sulu sedangkan beliau bukan warga negara Filipina beliau adalah warga negara Malaysia. Di mana jiwa dan ketaatan Asreemoro sebagai warganegara Malaysia?
  
Sejarah penyerahan Sabah oleh kesultanan Sulu kepada British telah diketahui dari generasi ke satu generasi, tetapi keturunan Sultan Sulu tidak dapat menerima hakikat ini sehinggalah sekarang waris Sultan Sulu masih mahu menuntut Sabah. 

Tapi sayangnya suara daripada keturunan Sulu tidak mendapat reaksi dunia kerana mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Jadi perjuangan ini hanya berlaku di sekitar kepulauan Sulu dan dipandang sepi oleh masyarakat dunia. Mana mungkin Malaysia akan lepaskan Sabah kepada waris kesultanan Sulu yang menuntut Sabah berpandukan sejarah lama. Kalau diikutkan sejarah lama yang menjadi bukti kepada tuntutan sesuatu negeri atau negara maka banyak negara didunia ini akan luput dari peta dunia.

Adalah satu perbuatan menggugat keamanan negara apabila rakyatnya terlibat dalam perjuangan membebaskan negara lain yang hendak dibentuk. Kita perlu sedar dan jangan sengaja membiarkan rakyat yang tidak sepatutnya menggunakan sumber yang ada dalam negara berjuang menegakkan kerajaan Sulu dan akhirnya nanti akan menuntut Sabah, bukankah itu pengkhianat negara. 

Kadangkala Kita harus belajar dari sejarah silam dimana Pulau Batu Putih  jatuh ketangan Singapura kerana atas alasan kerajaan Malaysia tikak mengendahkan pulau tersebut. Sediakan payung sebelum hujan, bagi rakyat Suluk Sabah yang memegang My Kad hargailah taraf sebagai warganegara tanamkanlah sifat taat dan setia kepada Raja dan Negara Malaysia sebabnya anda warganegara Malaysia.  Memang tidak dinafikan ramai saudara dan nenek moyang kalian di Sulu tetapi anda harus sedar anda adalah warganegara Malaysia jangan gadaikan keistimewaan  di Malaysia dengan perjuangan yang belum pasti.

Akhir sekali saya memohon maaf  kalau ada yang tidak gemar dengan tulisan ini tapi saya lontarkan penulisan malam ini kerana jiwa saya adalah jiwa anak Malaysia walaupun bapa saya warganegara Singapura yang sudah mendapat kerakyatan Malaysia. Saya anak kelahiran Malaysia dan sudah tentu saya warganegara Malaysia. 

I Love Malaysia.


2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Ramai sangat musuh dalam selimut di Malaysia ni.

    Sejarah dah buktikan yang Melaka jatuh dulupun sebab musuh dalam selimut, patutnya kita belajar dr tu.

    ReplyDelete
  2. wslm..sama2lah kita perbaiki dari pengajaran yg lalu. Insyallah

    ReplyDelete