Selamat malam semua, sudah pasti saya meluangkan masa untuk menaip entri untuk pembaca blog saya. Bajet macam retislah pulak...hahaha. Gurau eh!
Sudah pastinya kalau pembaca blog saya kali ini yang gemar memancing, macam teruja sangatkan dengar Ikan Kelah. Memang jinak-jinak ikan
kelah yang saya maksudkan nih. Kalau nak tahu ketika berada di Ranau saya sempat singgah ke satu tempat iaitu “Tagal” Sungai Moroli
Kg. Luanti .
Di sini terdapatnya beratus-ratus dan beribu-ribu ikan kelah
jinak di sepanjang sungai Moroli nih. Pelik dan ajaibkan.
Memang tak dapat nak lupakan kenangan ketika berada disini sebab
memang syok sangat dapat gigitan geli ikan kelah nih...hihihi. Tiket masuk ke sini
adalah RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00
untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun.
Warganegara asing dikenakan
bayaran RM10.00 tapi bagi penduduk di sana tiket berharga RM3.00 untuk mereka. Murah tuh, ini sudah tidak adil bagiku! huhuhu. Melalui bayaran tiket
tersebut korang boleh mandi atau bermain ikan kelah selama 15
minit. Bayaran makanan ikan kelah hanya RM0.80 je.
Ikan Kelah jinak nih tak boleh di
tangkap atau di pancing sesuka hati kerana ianya di namakan 'Tagal' not penanggal hokeh...hihihi. Tagal nih
merupakan satu sistem dimana ianya adalah bermaksud pemulihan dan
penjagaan sungai.
Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda 'Tagal' ianya bermaksud korang dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k. Ada berani? hahaha. Miskin terus...hahhaha.
Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda 'Tagal' ianya bermaksud korang dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k. Ada berani? hahaha. Miskin terus...hahhaha.
Pekerja di sini menunjukkan cara macam mana nak bagi ikan kelah nih
diberi makan...hehehe. Itu macamkah, kasi gengam pastu ikan datang sedut tangan korang...kekeke. Geli arrr mula2nya, janji bila tengok jari aku ada lagi oklah tuh...hahaha
Lepas 5 minit bermain dengan ikan kelah nih korang akan rasa lebih selesa walaupun sesekali terasa geli memang berbaloilah. Paling syoknya memang banyak ikan kelah yang akan
datang kat kaki korang,dia buat gigitan manja...kikiki
'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah. Memang ramai
pengunjung yang datang ke sini. Masa saya datang itu pun bukan cuti sekolah dah nampak ramai pengunjung, kalau musim cuti
sekolah mesti lagi ramai pengunjung yang datang. Makanya berduyun-duyunlah orang nak mencuba bermain dengan ikan kelah.
Bagi yang ke Sabah bolehlah singgah daerah Ranau untuk cuba bermain dengan ikan kelah. Best wooo..!
No comments:
Post a Comment