Nuffnang

Friday, March 15, 2013

Desa Cattle Dairy Farm @ Kundasang

Selamat malam dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog kesayangan saya. Ceh! Pejam celik dah nak jumpa hujung minggu, jap pikir apa nak buat esok pagi. Ingat nak kayuh basikal tapi tak ada geng, banyak tul alasan aku nih...hihihi








Saya nak sambung lagi cite di Sabah yang tak habis2, panjang tul dah boleh buat novel nampaknya...hahaha. Dari Kinabalu Pine Resort  saya pegi Desa Cattle Dairy Farm yang sangat2 saya impikan. Yeahh! Alhamdulilah tercapai jugak, ingat ya kawan2 kalau ke Kundasang jangan lupa nak ke sini. Bayangkan kita semua pegi New Zealand...kohkohkoh. 








Mula-mula nak masuk je dah seram sejuk, sejuk dengan cuaca dan jalan nak masuk tuh bukit curam. Slow  and steady je adik saya memandu...huhuhu. Seram mak nak!...kahkahkah. Begitulah jalan dia sebab Desa Cattle Dairy Farm terletak di puncak bukit tapi saya rasa macam gunung....hihihi. Bila dah kat atas tuh korang boleh nampak view kampung2 kat bawah. Cantik uols!



 




Well, biasalah dekat New Zealand katakan...hahaha. Pemandangan memang  indah belaka sebab sentiasa berkabus nampak awan dengan cuacanya yang sangat sejuk. Memang dingin jer cuaca, so feel pun lain sket...kikiki. Seronok jer rasa, lupa diri macam kat obersea padahal...huhuhu. 








Masuk dalam bangunan ada pejabat urusan dan kedai jual2 makanan hasil produk tenusu. Dalam sejuk2 tuh sempat saya makan aiskrim dan minum susu fresh dari ladang. Sedap uols hingga menjilat jari...kikiki. Bestnya boleh tengok lembu punya susu diperah. Eh! Betul ke ayat aku nih..hahaha








Moh sini kita pegi tengok anak2 lembu dan kambing yang ada kat situ.  Alahai bersih je lembu dan kambing kat situ. Bulunya putih bersih je, kita siap peluk2 lagi...huhuhu








Dekat sini boleh bagi minum susu anak2 kambing dan lembu guna botol susu. Untuk bagi minum susu RM1.50 sebotol. Okeylah bagi anak2 lembu dan kambing tu seronok, seolah2 saya nih ibu susuan dia...hahaha. Bagi yang anak2 lembu atau kambing yang notty2 tuh di bawanya lari botol susu ...hahaha. Tamak ler tuh...huhuhu. Lawak tul!







 
Jangan kecit hati atau rasa macam nak termuntah tengok pic berangan saya semasa di New Zealand...huhuhu. Elok datang pagi sket, boleh nampak view gunung Kinabalu tapi agak berkabus pemandangan.








Apa pun  Desa Cattle Dairy Farm adalah satu destinasi yang sangat saya impikan untuk menjejakkan kaki di situ. Alhamdulilah dah tercapai dan sangat best...:)




No comments:

Post a Comment