Nuffnang

Sunday, April 28, 2013

Bahagiakan Diri Sendiri

Selamat pagi semua, terima kasih pembaca blog saya. Sepi tanpa blog beberapa hari ini, tuan punya blog kesuntukan masa :)

Minggu yang membuatkan saya agak 'terganggu' sedikit. Kekerapan panggilan telefon yang menganggu sejak kebelakangan ini cukup menganggu kehidupan dan pikiran saya. 

Tak seronok pun buat-buat seronok dan bahagia. Nanti lama-lama keseronokan dan kebahagiaan itu datang dengan sendiri dalam pelbagai bentuk. Insyallah.

Saya pegang kata-kata Prof Muhaya. Hanya orang bahagia boleh membahagiakan orang lain. Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan wanita yang baik tidak akan bersama dengan orang yang jahat. Sila jauhkan...huhuhu


Teringat saya taklimat pagi isnin minggu lepas yang di sampaikan oleh boss saya. Dalam taklimat tersebut sempat dia selitkan motivasi diri. Apa yang masih saya ingat dan segar dalam bila mendengar nasihat yang baik-baik. Terima kasih boss kerana sudi berkongsi sedikit ilmu.





Sesungguhnya merasa bahagia itu pahala, maka Allah turut meletakkan bahagia dalam hati kita. Andai merasa yang sekiranya kita tidak meluahkan apa yang terbuku di hati maka kita tidak akan dapat kebahagiaan. 

Kita adalah makhluk Allah yang terbaik, kita lah satu-satunya makhluk yang Allah ciptakan dengan nafsu dan akal fikiran, kita mampu memotivasikan diri kita sendiri. Mengadu dan merintihlah kepada Allah yang  maha memahami.





Andai hari ini kita merasakan tidak bahagia tdak perlu mencurahkan perasaan, meluahkan apa yang terpendam  pada pasangan, pada rakan taulan, pada sanak saudara, kadangkala hanya menambah kemelut dalam jiwa. Ada baiknya motivasikan diri kita sendiri, bahagiakan hati kita.





Berdoa adalah perkara pertama yang harus dilakukan setiap kali dilanda masalah, kerana berdoa membuatkan jiwa tenteram dan dengan berdoa kita menyediakan diri dalam menyiapkan minda untuk sabar dan tabah. Berdoalah agar kita diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan berdoalah agar ujian Allah bukan melemahkan kita sebaliknya menjadikan peribadi kita teguh dan fikiran kita matang. 





Cari ilmu, baik melalui pengalaman, mahupun pembacaan atau yang terbaik melalui pembelajaran. moga ilmu dengan amal menjadikan  kita insan yang jauh lebih baik dari semalam. Dengan ilmu, kita mampu hidup ceria dan dengan ceria, kita boleh menjadi hamba Allah yang jauh lebih solehah dan bertaqwa.

Menjadikan 7 sunnah nabi sebagai amalan, sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh dan tauladan. Antaranya tahajjud, membaca Al-Quran, memakmurkan masjid, jaga solat dhuha, sedekah, berwudhu,  istighfar setiap saat.
 
Memelihara anggota lidah itu punca masuknya seorang hamba ke dalam neraka. Tidak perlulah menceritakan hal orang kepada orang lain atau cerita-cerita pejabat di bawa ke rumah.

Bersihkan hati. Jangan suka bercakap bohong kerana ianya memakan diri sendiri. kalau kita berbohong dengan isteri, anak-anak dan rakan-rakan bermakna kita juga menipu Allah Taala.  Ketahuilah, bahagia itu datang dari hati, bertapak dari hati dan berkembang dari hati, manakala hati itu pula milik Allah, Dialah yang meletakkan segala sesuatu dalam hati manusia. Bahagia itu milik diri sendiri.

Cerdasnya seseorang adalah yang mampu mengolah hidupnya setiap saat. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk yang lebih berkualiti. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.  

2 comments:

  1. JM pun suka dgr ceramah motivasi from dr muhaya lepas dgr rasa bersemangat je.

    Terima kasih Kak CT kongsi info ni penuhdgn ilmu mari kita bahagiakan diri sendiri danJM sentiasa bahagia heeeee ye lah tue :-)

    ReplyDelete
  2. kita sama2lah bahagiakan diri ya JM....ngeee

    ReplyDelete