Nuffnang

Wednesday, April 10, 2013

Berita Baik Untuk Kakitangan Awam

Alhamdulilah, bersua kembali semua. Bersyukurkan kita dan termasuk saya yang tergolong dalam kelompok pejawat awam. Moga kita semua tidak mudah lupa dengan rezeki yang Allah beri kepada kita semua.

Untuk kakitangan awam semua kerja rajin2, dengan rasa jujur dan amanah. Buang sikap yang tak bermoral, jangan sampai kena tukar sana sini atau terus dibuang kerja hokeh...lalala. Kasihan...huhuhu



Cer baca dalam BHARIAN satu berita yang cukup mengembirakan dan negeri Johor antara negeri yang terpilih untuk projek berkenaan.

Kerajaan akan melancarkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik berharga RM150,000 hingga RM300,000 untuk kakitangan perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata rumah berkeluasan 1,000 hingga 1,500 kaki persegi dilengkapi kemudahan asas itu akan dibina atas tanah kerajaan dan ditawarkan pada harga 20 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Sebagai projek perintis, sebanyak 10,000 unit kediaman berkenaan akan dibina di Putrajaya dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Cari tapak di bandar besar

“Kita juga akan mencari tanah-tanah milik kerajaan yang sesuai di bandar-bandar besar lain termasuk di Johor Bahru untuk tujuan itu,” katanya ketika Perjumpaan Bersama Penjawat Awam di Johor, di Pusat Islam, di sini semalam

Sumber BHARIAN.


No comments:

Post a Comment