Nuffnang

Wednesday, April 17, 2013

Motivasi Diri Bersama Mr Dud Malaya Terakhir @ Abil

Selamat malam semua, terima kasih kerana melayari blog ini. Alhamdulilah kita semua masih diberi peluang menghirup udara segar untuk bernafas. 

Ingat Allah memberi peluang bukan bermakna menyuruh 'kita berlakon', untuk buat maksiat, menunjuk-nunjuk, cakap nak besar, menceritakan hal orang, ambil kesempatan orang lain dan macam-macamlah. Ingat hamba yang menjaga solatnya tapi perangai tak jaga Allah tak mengaku umatNya. Agak-agak ada yang terasa hati tak dengan statement saya? Maaf ya, kena tulis terang-terang kalau guna bahasa kias-kias nih orang tak paham....:)




Betullah, Allah tuh maha penyayang kepada hambaNya, Dia akan memberi petunjuk melalui jalan yang tidak disangka-sangka, ruang dan peluang untuk kita perbaiki diri. Dalam kesibukan seharian, bekerja, balik rumah dengan tanggungjawab pada anak dan isteri selalunya manusia cepat leka dengan dugaan diluar sana. Sanggup buang segalanya kerana hasutan syaitan...huhuhu. Kiranya orang tuh keluarga syaitanlah ya...hahaha

Sesungguhnya tak ada satu pun milik kita di dunia ini. Semuanya sekadar pinjaman yang Allah beri buat seketika dan nyawa kita pun dipinjamkan jua. Allah juga mengurniakan perasaan gembira, sedih, dan sebagainya. Jangan tak tahu begitu besarnya kasihNya kepada kita. Sentiasalah ada semangat juang dalam meneruskan kehidupan. 

Paling utama adalah mencari cinta Allah. Saya selalu rasa bersyukur kerana Allah menganugerahkan suatu pengalaman yang langsung tidak berharga tapi banyak mendidik hati saya dan lebih lagi anak-anak. I luv Allah! InsyAllah, Allah tolong jika kita berusaha menolong diri kita sendiri. Ingat kita tak punya sesiapa, kita hanya milik Allah.

Kehidupan kita ibarat memandu kereta. Hati manusia umpama  stering keta,  kita sebagai hambaNya yang bawa dan nak kawal dia, bukan sebaliknya. Boleh bayangkan tak? Tak boleh duduk diam2 ya...hahaha 

Sejak kebelakangan nih saya banyak membaca blog Abil, seorang hamba Allah yang banyak memberi motivasi pada kebanyakkan orang termasuk saya. Alhamdulilah besar pahala orang sebegini, ilmu dan pengalaman yang dipergunakan orang lain.

Saya banyak belajar sesuatu yang baru, kalau sedih kawal hati. Hidup ini kerana Allah dan Rasullulah. Kita bukan milik sesiapa, kita milikNya.

Cer baca kisah Abil dalam entrinya kali ini SEDIHHH....uhuk uhuk uhuk.
Terima kasih Abil, akak share entri kamu di sini. Sharing is caring kan? hahaha

2 comments:

  1. Terima kasih Kak CT coz kongsi entri dan link saudara Abil ni..boleh nanti JM baca :-)

    Sapa pernah dengar motivasi dari Prof Muhaya..kalau tidak sempurna solat maka tidak sempurna lah Akhlaknya..makan jika nak tahu solat sila lihat akhlaknya..ni termasuk diri JM lah kekadang lalai huhuhu

    ReplyDelete
  2. sama2 kasih JM...:)

    Akak berkongsi benda yg baik2...just utk panduan...

    ReplyDelete