Nuffnang

Tuesday, April 16, 2013

Hari Rehat Sedonia

Salam ceria untuk semua. Terima kasih melayari blog saya. Pagi-pagi buta kita posting entri. Dah berapa hari tak berkesempatan nak menulis. Banyaklah alasan saya ya...miahaha





Dah tak boleh nak lelapkan mata semula, selepas menghantar pak incik keluar rumah atas tugas rasmi hari ini. Sempat bermain dengan kucing2 yang ada dalam sangkar subuh nih....hihihi. Budak2 tuh kita bagi breakfast awal pagi hari ini. Kenyang sudah! Termasuklah orang yang menaip entri ini juga breakfast roti dan air susu. Hidup mau cergaskan...hahaha


Hari ini kita ambil cuti rehat sebab ada urusan di Pejabat Pembahagian Harta & Pusaka di Johor Bahru bersama abah dan kesemua adik beradik saya. Saya pergi kerana memenuhi hajat orang tua, tak berapa nak kisah bab harta nih. Cukuplah apa yang ada sekarang. Alhamdulilah! Semua tuh sekadar sementara.

Memandangkan hari nih cuti rehat ingat nak gantung kuali. Hari tanpa masak sedonia...kikiki. Malam nih ingat nak makan kat luar. Mood malas memasak.



No comments:

Post a Comment