Nuffnang

Friday, April 12, 2013

Rezeki Itu Rahsia Allah

Alhamdulilah, berjumpa lagi semua di blog saya kali ini dengan topik yang menjurus kepada insaniah diri. Terima kasih melayari blog saya. Sebelum itu kita sedekahkan AlFatihah buat semua umat Islam di mukabumi ini samaada yang masih hidup atau sebaliknya. Subhanallah.

Manusia  selalu merasa bimbang dengan rezeki yang tiada di mana sanggup berhempas pulas 24 jam mencari rezeki. Selalu saya mendengar luahan2 orang sebegini, masih bimbang dengan perbelanjaan  anak-anak, rumahtangga dan sebagainya. Persoalan saya pernahkah kita sebagai hambaNya duduk muhasabah diri untuk dekat denganNya minta pertolongan?




Saya kongsikan bersama pembaca semua di sini. Pandangan saya secara peribadi, rezeki, makan minum, segala peruntukan untuk perbelanjaan kita seharian bukan terletak di tangan manusia bukan di tangan suami atau juga di tangan isteri malah bukan juga di tangan majikan. Setiap pemberian yang kita nikmati setiap udara untuk bernafas, air untuk diminum, makanan untuk dijamah, pakaian untuk dipakai, rumah untuk tempat tinggal dan macam-macam lagi, segalanya itu adalah pemberian dan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Suami, isteri, majikan atau siapa pun juga adalah sekadar perantara. Manusia selalu bimbang dan sukar mempercayai rezeki itu datangnya dari Allah.

Kadangkala persoalan yang cukup menarik, takkan nak berserah sahaja. Nak berserah kepada Allah SWT pun ada caranya. Kenalah berusaha, kemudian berdoa seterusnya barulah berserah atau bertawakkal.

Percayalah rezeki kita semua ditentukan dan diberikan oleh Allah SWT. Jangan merintih, jangan menangis dan jangan bersedih. Perbanyakkan berdoalah sepanjang masa dan setiap ketika. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja, malah anda boleh berdoa bila-bila masa. InsyaAllah, akan ada jalan untuk kita semua. Mungkin ambil masa tapi percayalah, akan adanya pertolongan daripada Allah. Yakin dan percayalah.

Paling penting, carilah sumber pendapatan yang halal. Halal yang sebenar2 halal, maksud saya tidak mengambil komisen, rasuah, meminta2 untuk dibelanja dari orang lain dan sebagainya.  Walaupun yang di suap ke mulut ahli keluarga adalah makanan yang nyata adalah halal tetapi jika wang yang digunakan untuk membeli barangan keperluan adalah wang dari hasil kerja yang haram, samalah dengan menyuapkan makanan yang haram ke mulut ahli keluarga kita semua.

Saya percaya rezeki itu datangnya dari Allah SWT dan menjadi rahsiaNya, kita kena terus cekal dan tabah. Jangan sesekali lupakanNya kerana Dia tak pernah lupakan kita semua. Mintalah kepadaNya kerana Allah dah janji, 'Mintalah, sudah pasti Aku akan beri…' tapi bukannya di beri dengan mudah. Kita ikut perintahNya, membaca AlQuran, bersedekah, mendoakan kedua ibubapa, berakhlak mulia dan rajin2lah lakukan solat Dhuha. Lakukanlah, saya percaya ada bahagian untuk kita semua yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar tapi ianya datang dengan sendiri. Insyallah.


1 comment:

  1. Assalam... ingin tahu, mengapa komisen bukan halal?

    ReplyDelete