Nuffnang

Friday, May 3, 2013

Belajarlah Menjadi Orang Yang Baik

Elooooooo pembaca blog saya. Ini kalilah menulis entri waktu tengahari memandangkan hari jumaat rehat yang panjang.

Eiiiii...mulalah aku nak berleter kan....huhuhu. Pagi tadi sebelum masuk pejabat pegi breakfast dulu dekat Meranti. Dalam masa minum dan makan kuih saya dok perati dari semalam bukan main mesra suami orang dengan wanita yang masih single nih. Boleh gitew. Tak pahamlah, berstatus suami orang boleh bebas buat hubungan dengan wanita orang lain. Ringan je mulut saya masa tuh macam nak sound 'anak sihat? isteri sihat? rumahtangga bahagia? Kalau dia jawab tak bahagia nak je aku cakap nko ketua keluarga bahagiakan rumahtangga tak? huhuhu




Kalau aku nak kantoikan suami orang tuh mesti tuduhan pertama dia akan salahkan pihak isteri. Walhal dia yang tak betul, macam2 alasan dia bagi nanti. Isteri tak pandai masak, isteri tak pandai layan suami, mak bapak dia tak suka...huhuhu. Itu semua alasan bongok...hahaha. Agendanya mencari pengaruh keluarga untuk supaya membenci isteri...huhuhu. Fitnah semata-mata. Insaflah ya, dasar suami hidung belang....huhuhu

Mereka yang spesis ini memang biasanya berbangga melakukan perkara sebegini. Kadang-kadang tuh lagi bangga dengan perbuatan yang sangat keji di sisi Islam. Kebanyakkan mereka nih kekunun je baik  tapi di luar bertopengkan syaitan dan ligat semacam. Nauzubillah.

Dunia sukar di jangka dan di ramal hari ini sebab saya pun ada anak-anak. Jadinya bila anak-anak melakukan perkara tidak baik jangan salahkan mereka, tanya pada diri sendiri.

Saya doakan pompuan tuh boleh pikir dengan akal yang waras. Sekarang nih apa yang saya perhatikan keruntuhan rumahtangga kebanyakkan di sebabkan oleh orang ketiga. 




Kalau nak jadi suami peganglah kata-kata saya ini, hebatnya sesebuah keluarga, bermula daripada saat mula mengenali pasangan masing-masing, dan keberkatan mengikut sunnah-sunah nabi SAW serta menjaga daripada perkara terlarang. Insyallah rumahtangga aman bahagia. Kalau tak mampu atau berkahwin sekadar nak suka-suka baik tak payah kawin buat sakit hati anak isteri. Buang masa dan buang boreh je....:)

Suami mesti kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, solat-solat sunatnya kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Akhlaknya yang baik, mudah bertolak ansur, tuturannya juga mesti sopan, mempertahankan maruah tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan maruah peribadi, amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tidak boros, tetapi tidak kedekut, tahu membelanjakan wang dengan bijaksana dan menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap dan tidak bebas bergaul.

Saya doakan  moga si suami hidung tahap belang harimau itu kembali kembali kepangkal jalan. Bertaubat dan minta ampun dengan Allah dan ahli keluarganya.

Belajarlah dari pengalaman hidup alam inia agar kita semua menjadi sebuah keluarga Islam yang sejati. Lihatlah alam ini seluas-luasnya ambil iktibar. Hidup ini hanya sementara...

2 comments:

  1. Wowww..panjang juga entri ni kak CT taip masa rehat..hihih..itulah sbb nya JM belum bertemu jodoh..coz zaman skarang sukar nak dpt lelaki berciri seperti di nyatakan kak CT tu. In Sha Allah sentiasa berdoa kepada Allah agar di pertemukan lelaki atau suami yang boleh membawa masuk ke Syurga..Amin..ehehe..panjang lak komen nya :-)

    ReplyDelete
  2. Panjanglah sgt JM...baru setakat rehat...kalu sehari mau jadi novel u...hahahha

    ReplyDelete