Nuffnang

Sunday, May 12, 2013

Berhati-Hati Ketika Di Highway

Selamat berhujung minggu semua, bagi yang sambung tido silakan macam suamiku yang sedang berdengkur di sebelah nih...hahaha. Bagi yang sedang bercucuk tanam moga tanamannya menjadi subur dan yang sedang-sedang saje macam saya nih bolehlah online...hahaha. Suka hati aku je! :)



Cer baca cerita di bawah, be alert!

Modus operandi terbaru penjenayah di highway yang sejak kebelakangan ini. Semalam ayah saya tengah drive di Highway Sungai besi berhampiran Nouvelle Hotel  telah ditipu oleh seorang lelaki india di atas motosikal yang rapat dengan kereta kata tayar berasap. Sewaktu berhenti tayar didapati berasap dan lelaki tersebut kata kereta boleh terbakar jika tak dibaiki. Disebabkan panik dan risau, ayah saya telah membenarkan lelaki tersebut membuka tayar dan repair di tempat kejadian. Kos yang dikenakan adalah RM1700. 

Setelah itu ayah saya tidak berpuashati dan pergi ke bengkel untuk memastikan tiada masalah. Dan seperti yang dijangka, kereta memang tiada masalah dan ayah saya telah ditipu sebanyak RM1700. 

Setelah membuat laporan polis, kami dapati kami adalah mangsa ketiga pada minggu ini di kawasan tersebut. Mangsa pertama adalah seorg wanita dan kereta beliau telah dilarikan. Mangsa kedua adalah warga emas dan telah ditipu seperti ayah saya. Jadi kepada semua pengguna jalan raya terutama kaum wanita dan warga emas, sila berhati hati dan jangan berhenti kalau ada yang rapat dgn kereta anda. Sila ambil no plate motor tersebut dan terus ke balai polis berhampiran.

Inilah yang terjadi kepada saya semasa bulan Mac yang lepas ketika menghantar anak untuk majlis konvokesyen di Shah Alam. Tiba-tiba tayar kereta saya meletop di highway area Seremban. Tiba-tiba saya di datangi seorang lelaki india menaiki kereta Iswara kelabu begitu cepat sekali. 

Dia sedia membantu tapi seperti memaksa, keluar kereta dengan kelamkabut terus mengeluarkan alat perkakasan. Sebelum dia turun kereta saya bagi tahu pak incik jangan layan sebab orang-orang seperti ini banyak yang menipu. Menukar tayar kereta tapi minta bayaran yang tahap melampau. Mereka seperti mengugut mangsa.

Kami menolak perkhidmatan dia secara baik tapi dia cuba juga untuk memberi perkhidmatan tapi seperti memaksa. Sebelum dia meninggalkan kami dia seperti tidak puas hati sebab usahanya tidak berjaya, memandang kami seperti orang salah. Gengster ler kunun. Sekarang beranilah aku cakap, depan dia kecut perut...hahaha

Alhamdulilah pengajaran yang saya baca di akhbar banyak membantu untuk saya berhati-hati bila berada di situasi begini. Makanya duit kami pun terselamat walaupun menukar tayar sendiri dan dalam keadaan sangat bahaya di highway. 

Saya percaya Allah sentiasa melindungi saya dari perkara-perkara yang buruk dan menjaga rezeki hambaNya. Insyallah.


2 comments:

  1. Takutnya mcm2 taktik org sekarang kan

    ReplyDelete
  2. hati2lah JM bila dijalanraya...muslihat manusia macam2 ragam...

    ReplyDelete