Nuffnang

Tuesday, May 28, 2013

Berjaya Menawan Puncak Gunung Pulai

Salam untuk semua pembaca blog saya, terima kasih semua yang sudi melayari blog ini. Saya kuatkan semangat untuk menaip entri malam ini untuk berkongsi pengalaman manis apa yang saya lalui siang tadi.




Saya pernah terpikir kenapa ada manusia sanggup berkorban masa, wang ringgit, menyambung nyawa mengharung pelbagai rintangan untuk menawan puncak gunung.

Malah ramai lagi yang taksub menawan ratusan gunung lain. Apa yang mereka cari di sana? Saya juga ingin mencari jawapannya tetapi bukan di Everest atau puncak-puncak utama, namun saya dah dapat rasa umphhhhnya...hihihi




Bagi saya mendaki gunung adalah aktiviti sihat yang dapat mendekatkan diri dengan Allah dan alam ciptaanNya. Bagi orang yang gemar mendaki mereka dahagakan kejayaan dan merasakan satu pencapaian yang sangat hebat.

Saya sangat mencintai alam dan aktiviti mendaki gunung kerana bagi saya jika kita ingin mengenali Allah, pergilah mendaki kerana sepanjang perjalanan mendaki kita akan melihat kebesaran dan kekuasaanNya. Sebagai hambaNya kita akan sedar betapa kecilnya diri ini dan kita lebih mengenali diri sendiri. 





Sebenarnya mendaki gunung banyak kelebihannya selain kekuatan mentaliti dan fizikal ia mengajar erti kesabaran seseorang, lagi banyak pengalaman dan pengajaran yang saya boleh diperolehi.

Itulah yang saya dapat pagi tadi semasa menawan puncak Gunung Pulai yang terletak di daerah Pontian, Johor. Dalam usia 47 tahun, Alhamdulilah akhirnya saya mampu mendaki dengan ketinggi 2147 kaki. Walaupun saya dapati kaki pendaki majoriti warga Singapura dan mereka mempunyai stamina yang sangat baik dan cergas tapi ia bukan satu saingan sengit untuk diri saya malah itu satu cabaran yang cukup sihat untuk sama-sama membuat pendakian.




Saya memulakan pendakian jam 8.40pg dengan cuaca yang sangat baik dengan memakan masa 2 jam untuk sampai ke puncak. Pelbagai karenah pendaki yang saya jumpa, ada yang suku pendakian, separuh dan yang berjaya manakala yang jatuh luka pun ada....huhuhu. Itulah cabaran!




Terima kasih Allah mengizinkan saya mendaki sehingga ke puncak, saya dahagakan kejayaan dalam hidup ini dan masih belum merasa puas untuk menawan puncak gunung yang lain. Insyallah saya yakin mampu untuk melakukannya.

4 comments:

  1. Woww...mmg hebat lah kak CT

    JM pun pernah mendaki Gunung Ledang..mmg mencabar sewaktu pendakian, perlu stamina yg kuat tapi mmg best :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah JM, Allah pinjamkan kekuatan dan semangat utk akk lihat kebesaran ciptaanNya smlm...

    ReplyDelete
  3. salam kak ct. sy nk tanya. nak mendaki gunung pulai ni, just daki je eh? situ ada pagar kan? guard bg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Just daki je tapi kena awal pagi. Lepas pkl 9.00pg dah x dibenarkan mendaki, mereka bagi orang yg mendaki turun..

      Delete