Nuffnang

Thursday, July 25, 2013

Bersyukurlah

Salam, 16 Ramadhan untuk semua.

Alhamdulilah segala rezeki yang Allah kurnikan ke atas diri saya. Sudah seminggu berlalu blog ini tanpa sebarang catatan, ada alasan tertentu kadangkala saya tak selesa menulis di sini. Insyallah macam nak create blog baru....huhuhu. 




Manusia selalu mudah lupa diri bila rasa dalam keadaan yang selesa. Lupa diri, lupa Allah dan lupa keluarga. Mulalah macam2 yang dibuatnya sehinggakan bertentangan dengan perintah Allah. 

Kita sering mengeluh kekurangan material terutama wang ringgit tanpa kita sedar kita sudah diberi rezeki dan kelebihan yang jauh lebih banyak dari orang lain. Insaf dan bersyukurlah kerana kita masih jauh lebih baik dari orang lain. Sedikit kekurangan tidak dapat dibanding dengan lebih ramai lagi yang mengurus dirinya pun tidak mampu. 

Belajar2lah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri pada diri masing-masing. Manusia boleh mengubah diri masing-masing bila sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada pada hari ini. Insyallah.

No comments:

Post a Comment