Nuffnang

Sunday, September 29, 2013

Villa Warisan AJ

Selamat malam untuk semua pembaca blog yang setia bersama saya. Alhamdulilah, moga semuanya ceria selalu hendakNya. Insyallah...




Kali ini saya nak cerita aktiviti yang saya dah lakukan siang tadi. Tak pernah pun nak buat entri kalau pegi majlis perkahwinan tapi saya sangat tertarik tempat ini....huhuhu. Keluar jakun aku...hahaha




Nampak sangat2 teruja dnegan Villa Warisan AJ kan...muahahaha. Kalau lah tuan villa nih terbaca entri sure gelak sampai guling2, silap hari bulan dia bagi penginapan free untuk saya sekeluarga. Perasannya aku...hahaha. Adoooii..sila malu dengan sendirinya ya CT...hahaha

Tiba2 rasa teringin nak stay kat bilik yang konsep chalet. Macam best jek. Ada sesiapa yang nak sponsor kita tak?...huhuhu. Bagi yang belum berapa nak tahu tentang Villa Warisan AJ  boleh refer dekat bawah ini.
Boutique Hotel Villa Warisan J.A
No. 88, Jalan Abdul Rahman Andak
80000 Johor Bahru
Johor

Tel : 07-228 8333
Fax : 07-226 0333


Villa nih berkonsepkan Bali dan berhampiran sangat dengan kediaman rasmi Menteri Besar Johor.




Bagusnya ada chalet yang punya pool sesuailah untuk yang hendak honeymoon di situ. Kita cite2 nih bukan nak suruh pergi tempat nih buat maksiat hokeh...lalala. Ingat! Buat maksiat hukumnya kena rejam sampai mati. Toingggg!




Meh saya sajikan beberapa keping gambar villa nih. Ohsem uols...huhuhu. Cantiknya! Cantiknyaaaaa... :)




Bilik kat sini sangat terhad, cuma ada 8 bilik dan 4 challet. Jangan kecit hatilah tempat ini memang  tak clouded dengan orang, pool pun lengang. Sangat sesuai nak honeymoon or santai2. Bagi yang nak datang sini kena book awal. Tempat ini baru je beroperasi tahun lepas sebab tuh tak berapa ramai yang tahu. Kiranya saya nih salah seorang tukang promosi. Kepoci yang berhati muliakan...hahaha
Kitakan baik hati dan gigih perkasa orangnya...hahaha. Harap entri ini dapat membantu korang ya.


4 comments: