Salam untuk semua pembaca blog saya.
Hah! Memandangkan 2 hari lepas negeri Johor public holiday sempena Keputeraan Sultan Johor saya terima pelawaan anak dara saya ke Zoo bersama sepupu-sepupunya. Tujuan anak dara saya nak bawa sepupu-sepupunya yang sedang cuti persekolahan.
Dalam perjalanan menuju ke Zoo secara kebetulan lalau lokasi yang jadi perbualan hangat dan kecoh orang bercerita pasal Villa Nabila.
Awal pagi kami dah menghampiri Villa Nabila. Kami melalui jalan berhampiran perkarangan Istana Bukit Serene, adalah 3-4 buah kereta itu pun kereta-kereta pelukis, researcher dan jurukmera-jurukamera yang datang lebih awal kerana mereka tidak mahu terganggu dengan kerja-kerja mereka.
Sempat saya bersembang dengan seorang pelukis yang
diarahkan oleh sebuah agensi kerajaan untuk melakar Villa Nabila untuk
dijadikan koleksi dalam galerium.
Mula
sampai tu macam suspen jugak, sebab macam-macam saya pikir dengan
membawa anak dara dan 2 orang anak buah. Kalau berlaku apa2 yang tidak
menyenangkan rasa bersalah dalam hati....huhuhu. Siap pesan kat budak2
nih baca ayat kursi banyak2...hihihi.
Kami
bukan mahu melihat hantu atau sebagainya, tetapi pergi
ke situ sekadar suka-suka untuk melihat lokasi kejadian yang hebat
sangat diperkatakan orang ramai, sekurang-kurangnya saya tidak juga ketinggalan sebagai
warga daerah Johor Bahru...hihihi
Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya
korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nih. Sebenarnya
saya tahu sedikit iaitu Villa Christine Palace dulunya kepunyaan Datuk
Yap.
Menurut
cerita apa yang saya di maklumkan. Maklumlah hati keringkan nak jugak
tahu...hihihi.
Kata orang kalau pergi ke Villa Nabila tak jumpa apa-apa
tuh Alhamdulilah. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tuh,
enjin kenderaan tak boleh nak start...huhuhu. Mak seram nak!
Cuma
saya agak tertarik dengan ciri bangunannya yang agak klasik. Nampak
yang datang kebanyakkan pelukis-pelukis dari dalam dan luar negara,
mereka dah nampak kesenian bangunan tersebut.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar berhampiran Bukit
Serene. Kalau pandang dari Danga Bay dari sebelah kanan sekali Villa Nabila atau dahulunya Christine Palace, bahagian tengah bunglo agak usang dan ketiga
agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya
mempunyai cerita mistik jugak.
Tapi yang paling cerita mistik yang
paling top sekali banglo Villa Nabila. Pasal rumah doktor tuh pun ada
jugak. Tapi tak berapa tahu sangat berita mengenainya.
No comments:
Post a Comment