Nuffnang

Wednesday, November 27, 2013

Mee Udang @ Manja Corner Sg. Rambah

Selamat malam semua.

Cepatnya masa berlalu, tanpa disedari dah masuk minggu ke dua cuti persekolahan bermula, tapi bagi saya tidak dapat merasanya. Anak-anak sudah tidak lagi di zaman persekolahan. Kalau dah musim cuti persekolahan tajuknya mana-mana resort susah untuk di buat tempahan...hihihi.

Tiba-tiba teringat Sg Rambah yang terkenal dengan lokasinya yang indah permai dan tenang kerana di situ ada taman reakreasi yan kerap di kunjungi orang ramai. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di daerah Pontian bersama biras saya, itu pun ke Hutan Negara Tg Piai. 

Namun di sebalik nama Sg Rambah ini baru saya tahu ceritanya malam tadi...huhuhu. Bolehlah kita datang lagi ya Nora untuk makan Mee Udang di Sg Rambah.
 




Mee Udang Manja menjadikan gerai itu yang terletak berhampiran Jeti Sungai Rambah di sini kian popular.

Keenakan mee udang di gerai tersebut menjadi satu jenama kepada Kampung Rambah khususnya Sungai Rambah yang menempatkan jeti nelayan dan hasil tangkapan segar memberi kelebihan kepada pengusaha gerai makanan laut di kawasan berkenaan.




Ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.

Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya. Ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat tempatan malah penduduk sehingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan berkenaan.





Menurut pengusahanya, Hamidah Abu, 38, nama 'Manja' merupakan panggilan untuk suaminya, Ismail Sirat, 43, yang menjadi nelayan sepenuh masa dan kini pelanggannya lebih mengenali panggilan itu berbanding nama sebenarnya.

Bagi menu biasa, sebanyak lima udang akan dimasukkan manakala untuk pesanan istimewa sebanyak lapan udang. Beliau berkata, setiap hidangan ditawarkan pada harga RM9.00 sehingga RM15.00 sepinggan manakala kedainya dibuka setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.




Menurutnya, resepi mee udang itu diperturunkan ibu mertuanya, yang mula-mula mengusahakan gerai itu sebelum diwariskan kepada suami dan kemudian kini kepadanya.

Walaupun terdapat banyak saingan namun Mee Udang Manja tetap mendapat perhatian orang ramai yang ingin menikmati keenakan masakan tradisional itu pada waktu petang dan malam. 

Menariknya gerai ini bukan sahaja menjual masakan panas malah menjual hasil tangkapan laut seperti ikan, udang dan sebagainya.  

2 comments:

  1. Thanks for the wrote sis..
    Tumpang berbangga..(anak sdarelaaa si manjaaaaa...hehhehe)

    ReplyDelete
  2. Thanks for the wrote sis..
    Tumpang berbangga..(anak sdarelaaa si manjaaaaa...hehhehe)

    ReplyDelete