Selamat malam semua. Masih kepenatan melayan anak-anak bulus yang buat perangai malam nih hinggakan saya tergelincir di tangga, nasib sempat capai pemegang tangga....huhuhu. Apapun seronok biar pun penat dan sangat menghiburkan. Tak pasal2 saya mandi lagi malam nih....huhuhu
Minggu nih boleh dikatakan, ini adalah satu-satunya agenda yang diluar jangkaan. Semuanya bermula dari rancangan adik2 yang akan pulang dan yang dah pun balik kampung halaman yang ingin mengadakan Hj Samad's Family Day. Teringin saya hendak bersama ahli keluarga di tempat sejuk, bukanlah tempat yang bersalji bagai...hihihi. 2 tahun yang lepas di Cameron Highlands tapi keluarga kami tak dapat join bersama. Fokusnya lokasi yang tetap tenang dan mendamaikan. Ya, mungkin tidak pada kali ini tapi lebih kepada kawasan pantai.

Bagusnya family saya nih tak perlu banyak bicara, sentiasa setuju pandangan bersama dan masing-masing maklum dengan tugas yang perlu dijalankan dan aku memikul tanggungjawab mencari tempat penginapan serta memilih tarikh yang sesuai untuk kesemua ahli keluarga yang tidak berapa besar ini.
Demi memastikan seluruh keluarga sentiasa bersama dan dapat dikumpulkan di satu lokasi sebagai tempat penginapan. Saya masih mengoogle memastikan keselesaan tempat penginapan kami. Alhamdulilah malam nih dah buat keputusan. Penat dah buat survey...huhuhu
Saya memikirkan tentang penginapan 'kebersamaan' dalam beberapa chalet tanpa memaksa kami terperuk dalam ruang bilik masing-masing. Kalau begitu, apa gunanya bercuti bersama keluarga? Jalinan kemesraan sangat perlu untuk ukhwah kekeluargaan.
Ya, berharap pilihan aku tidak salah. Bukan senang nak cari tempat sesuai dalam masa sama perlu
memikirkan tentang keselesaan dan kemudahan. Baik penginapan, makan,
bbq, pool dan pantai. Sebut pantai mesti kena yang boleh
casting...hahaha. Sesuai untuk adik ipar dan anak bujang saya...hahaha
Tambah pula, dengan kehadiran anak-anak kecil sehingga yang dewasa. Kalau sekadar pergi berjalan-jalan tanpa memikirkan tentang
kebersamaan ini, sudah tentu tempat peranginan lain awal-awal lagi sudah
ditempah.
Sebagaimana yang aku khabarkan tadi, agenda kali ini sesuatu yang diluar
jangkaan. Namun, kalau kalian dilahirkan dalam keluarga Haji Samad, perancangan di akhir-akhir waktu memang sudah biasa dengan
kami memandangkan masing-masing ada kerjaya dan tinggal berjauhan. Inilah masa yang perlu di korbankan untuk bergembira bersama. Moga perkara-perkara yang baik dapat diikuti oleh pembaca blog saya. Insyallah.
Saya sudah memilih sebagai destinasi keluarga kami iaitu di Fishing Bay Resort.
Saya sudah memilih sebagai destinasi keluarga kami iaitu di Fishing Bay Resort.
No comments:
Post a Comment