Nuffnang

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Tarikh hari nih 11.12.13 nombornya cukup cantik. Memang kita tak akan jumpa lagi tarikh sebegini. Tiba-tiba terasa nak mengabadikan tarikh yang cantik ni dalam entri di blog ini. Tiada kaitan apa-apa dengan diri aku pun.




Ramai yang nak declare as couple, bertunang, akad nikah dan berkahwin pada tarikh ini. Ramai yang berminat nak abadikan tarikh ini dengan sesuatu peristiwa yang dianggap penting dalam hidup mereka. Bilamana ada para ibu yang sanggup mahu melahirkan anak mereka melalui kaedah pembedahan semata-mata ingin melihat kad pengenalan anak mereka tertera nombor 11.12.13.
 

Laman sosial juga bagai dilanda manusia mabuk nombor. Masing-masing berlumba nak update status berkenaan tarikh cantik 11.12.13. Begitu juga dengan para blogger. Sibuk mahu update entry berkenaan tarikh ini termasuk aku la...hahaha. 

Dan jika ditanya, tarikh 11.12.13 bersamaan berapa hijrah?. Agak-agak berapa orang sahaja yang mampu berikan jawapan dengan spontan? Pasti semua menyelak kalendar kuda untuk melihat tarikh dalam bulan Islam yang terpapar kecil di hujung kotak itu. Yang menghadap internet, terus menggunakan bantuan incik Google. Jawapannya 8 Safar 1435, aku pun selak kalendar kuda...hahaha. Malu pada diri sendiri!


Bagi aku, perkara yang paling best tapi aku lupa tarikh cantik iaitu masa besday aku tahun nih, 13.1.13. Tarikh besday ingat tapi tarikhnya cukup cantik aku tak perasan. Takpe la sekadar tarikh je. 

Anyway nak juga wish kepada pelakon Oh My English yang bernikah hari ini, siapa lagi kalau bukan Zain Saidin dan Che Ta. Selamat Pengantin Baru.

No comments:

Post a Comment