Subhanallah! Fenomena apakah ini sehinggakan ribuan ikan melenting-lenting naik kedarat?
Apakah ini petanda buruk akan berlaku seperti tanda-tanda kecil yang berlaku di tempat-tempat lain. Ya Allah kau jauhkan lah dari segala bencana dan musibah untuk penduduk di sana.
Video ini kiriman dari adik saya yang di hantar kepada group family kami dalam watapps. Mula tengok rasa terkejut dan takut pun ada. Mungkin itu pengalaman cukup indah buat mereka yang aku peratikan dalam video. Mungkin itu sekali dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang excited nak menangkap ikan tersebut.
Kejadian berlaku jam 7.30 pagi di Kg Tambisan, Lahad Datu, Sabah. Mudah-mudahan tiada apa yang berlaku di sana, anggaplah ini rahmat dan rezeki dari Allah untuk penduduk di sana.
Secara kebetulan semasa saya menaip entri ini berita tv3 pun keluar tentang fenomena ini. Apapun memang diketahui ramai yang fenomena seperti ini merupakan satu petanda untuk berhati-hati kerana ada puncanya mengapa ikan-kan tersebut bergerak kedarat.
No comments:
Post a Comment