Nuffnang

Tuesday, January 14, 2014

13.01.2014 ~ Eppy Besday To Me!

Alhamdulilah! Subhanallah! 

Hari ini besday saya yang ke 48. Wow! Dah hampir  menjangkau ke separuh abad...huhuhu. Tiada yang istimewa dengan segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu. Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.





Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah, namun aku hanya hamba Mu yang daif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usiaku sebegini aku ingin lebih dekat pada Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merindui Mu ya Rahim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin, Pimpinanlah tangan hamba Mu ini, pimpinanlah hati hamba Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran...:)


4 comments: