Nuffnang

Saturday, January 4, 2014

Bermulanya Cuti Jumaat

Hok Alooorh hari jumaat ya? Yah! Hari nih pertama kali bermulanya cuti kerja pada hari Jumaat bagi negeri Johor. Termasuklah tuan punya blog inikan? hahaha. Seronoknya cuti, hamik ko dah tak dapat aku nak tengok program  gosip2 tuh, Melodiiii...kuikuikui. 






Bangun pagi tadi rasa macam blurrr  kejap, dalam kepala ni dok pikir juga lagi. Keje ke tak hari nih? Menggong kejap...hahaha. 

Mula buat pengumuman dulu pikir macam tak best je cuti jumaat tapi syok juga sebab boleh buat banyak urusan, tambah bank semua buka jadi apa2 kerja sebelum nih senang diuruskan tanpa perlu mohon cuti rehat ataupun pelepasan keluar pejabat. Jimat sikit cuti tahun, iya la tuh...hahaha 




Disebabkan hari ini kununnya hari bersenang lenang sedonia untuk pertama kalinya cuti jumaat, aku ingatkan nak pegi Senai Airport jengok adik yang nak berlepas. Lain yang dirancang, lain pulak jadinya. 





Takpelah semuanya urusan perjalanan hidup ini Allah yang tentukan. Akak aku tak boleh jalan gara-gara terjatuh bilik air. Eh! Bilik air ke?..hahaha. Dr Soh akak saya tipu...hahaha. Jangan marah ya doc, bayaran pun dah caj mahalkan...hahaha 




Jam 8.15 pagi aku dah keluar rumah dengan pak incik tapi kenderaan yang berlainan sebab kami ada urusan masing-masing. Kami jumpa di satu destinasi terus breakfast bersama. Makan roti telur dan teh tarik satu...hihihi. Waaa! Manyak sedap itu roti, lenkali nak makan lagi. Apa la mamak tuh bubuh ya? hahaha

Lepas breakfast aku terus menuju rumah kakak dan bawa dia ke Kempas Medical Centre. Selesai buat pemeriksaan doc suggest dia pakai tongkat. Apa lagi aku terus ingat tongkat sakti anak bujang aku yang dia guna 2 tahun lepas, dari terbiar apa salahnya akak aku yang gunakan?

Hari ini sempena bermulanya cuti jumaat akak aku dengan rasminya memakai tongkat sakti tuh semula...hihihi. Cian akak aku, nak buat camnakan benda nak jadi. Suspenkan dia jatuh sebab apa? Hahaha. Jatuh bilik air kan...hahaha. 

Kafarah! Allah nak buang dosa-dosa kita so kena terima dengan redha. Aku baru belaja dengan ustaz kat opis dan adik aku yang ustaz pun ada cite bab kafarah masa kami watapps semalam.

Untuk akak aku selamat menyambung cuti persekolahan ya...hahaha. Ok lah tuh dapat gak ngajar 2 hari so sambung cuti semula...hahaha.  

Uittttsss! Jam dah hampir pagi esok aku nak dating dengan pak incik....kuikuikui. Daaaaa...:)

 

2 comments:

  1. sungguh pun johor dah start cuti hari jumaat, bank2 tak tutup sama ke kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann Ishak...Kalau di negeri Johor bank tutup hari ahad...still mcm dulu...bagus jgk Ann boleh kami berurusan bila hari tak bkerja...iya tuh...hahaha

      Delete