Nuffnang

Friday, January 10, 2014

Bersyukur Saat Diuji

Alhamdulilah. Bertemu kita semua dalam blog saya, rasanya terakhir posting 4 Januari 2014. Banyak abiskan masa dengan membaca dalam internet, membaca buku dan melayan pelanggan di facebook.

So ada sedikit masa yang terluang ini sempatkan diri untuk posting entri. Terima kasih pada semua pembaca blog ini yang saban hari silih berganti ke sini moga perkongsian ilmu dan pengalaman harian saya dapat kita sama-sama berkongsi pendapat.





Sebagai manusia kadangkala bila ada sesuatu yang boleh di jadikan bahan rujukan kita akan merasa keseronokannya. Sebagai pembuka tahun 2014 saya mulakan dengan membaca buku-buku tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim. 

Saya kalau sudah membaca seperti orang 'ketagih'...hihihi. Permulaan awal tahun 2014 tajuknya melepaskan perasaan rindu untuk membaca...huhuhu 





Saya insan yang sangat terpilih olehNya kerana bertugas di sebuah gedung ilmu, cakaplah buku bidang apa, insyallah boleh dapat dengan cepat berbanding orang lain. Alhamdulilah itu yang ada pada kelebihan diri ini bila tengok rakan-rakan saya yang membeli buku, rasa bertuahnya diri ini.

Permulaan 2014 banyak saya abiskan masa dengan membaca buku-buku motivasi, dah lama rasanya tak motivasikan diri...kikikiki. Tambah dengan iman yang senipis kulit bawang ini cukup mudah terkoyak...huhuhu. Terima Kasih Ya Allah dan terima kasih Prof Muhd Kamil Ibrahim yang merupakan penulis buku ini. Tulisan-tulisan beliau sangat menyedarkan saya, kecilnya saya di sisi Allah.

Kita selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt, bila kita diuji dalam cabaran kesusahan dan keperitan kita sering lupa cabaran kesenangan seperti dalam kemewahan juga adalah ujian dari Allah swt.

Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa mengingati Allah swt dikala kita dalam kesusahan berbanding bila kita sedang dalam hidup keselesaan.

Bersabar dengan segala cabaran dan dugaan dariNya kerana pastinya ada ganjaran untuk kita di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya Allah swt tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya, sentiasa yakin dengan Allah swt dan berdoa.

Sentiasa mendoakan ibu bapa kita ini juga ujian untuk kita sebab kita sering kali lupa dan ambil mudah.

Sifat riak dan takbur mejauhkan kita dari Allah swt, segeralah beristigfar apabila wujud walau sedikitpun sifat itu dalam diri kita. Walaupun kita sedar yang kita lebih mengetahui sesuatu hal itu dari orang lain, jauhkan diri kita dari sifat riak dan takbur itu.

Bersyukur dengan setiap kesusahan, keperitan dan kesenangan yang kita hadapi dan alami kerana setiap sesuatu hal itu berlaku kerana kehendak dariNya, disetiap kesusahan dan keperitan itu pasti ada jawapannya dan yakinlah dengan segala ujian dari Allah swt.

Beberapa kali saya menitiskan airmata ketika membaca buku 'Bersyukur Saat Diuji', macam-macam yang saya rasa. Saya kena belajar erti sebuah kehidupan yang sempurna tetapi sederhana, berlandaskan muhasabah diri. 

Sebenarnya di sebalik tabir kehidupan terdapat teguran dan didikan dari Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang baik. Insyallah..

Allahu Akhbar! Allah memilih saya untuk membaca buku ini. Syukur Alhamdulilah, bagi yang belum membacanya silalah pinjam di mana-mana perpustakaan atau membelinya dari kedai-kedai buku.

Allahu Akhbar! Tepuk dada tanyalah iman dan coraklah kehidupan yang paling sempurna..



No comments:

Post a Comment