Nuffnang

Monday, February 17, 2014

Bz Melanda Diri

Salam untuk semua.

Alahai kesibukan melanda diri sekarang nih...huhuhu. Alhamdulilah, saya masih beruntung kalau nak di bandingkan dengan mereka-mereka yang tidak mempunyai perkerjaankan?



Kadang-kadang bila kita terlalu sibuk dengan kerjaya juga terapi diri. Kita banyak belajar sifat sabar, tenangkan diri serta menangani masalah dalam bekerja. Sekarang nih saya banyak belajar menjauhi dengan perkara-perkara yang remeh-temeh dan negatif singgah didiri saya. Sila jauh-jauh ya...huhuhu

Bulan Februari merupakan bulan yang sangat mencabar bagi diri saya tanpa mengenal erti siang dan malam. Sebagaimana ibu-ibu yang lain juga, bagusnya anak-anak saya di pusat pengajian jadinya tidak memerlukan perhatian di rumah kecuali pak incik.  Dia pun bz selalu...huhuhu

Bulan ini bagaikan rasa setiap hari penuh rutin, sama ada ke pejabat menyiapkan data Projek Research Universiti dan MyMohes dan tuntutan kerja hakiki.

Ya ampun memang dah lama saya tidak menjengok abah saya, sementelah menunggu data masuk melalaui emel, saya ambil kesempatan pada hari jumaat untuk menjengok abah sekejap. Dapatlah meluangkan masa bersama, makan goreng pisang, makan asam pedas dan melihat abah membersihkan kolam ikan keli. Saat ini yang saya rindukan bersama-sama abah saya. Alhamdulilah sihat lagi abah saya walau usianya sudah mencecah 70++.

Rasanya dah 2 hari saya tak membelai pokok2 stroberi, rindunya. Esok ya ibu belai kamu ya pokok! hehehe


2 comments:

  1. :) betul tu kak..semenjak sy terjebak dgn tanam tanaman segala anasir negatif hilang dengan sendirinya... Maha Kuasa Allah.. jom kita bersama2 membuang anasir negatif dlm diri kita..insyallah.. :)

    ReplyDelete
  2. Bagus tuh Sarah kalau berfikiran sebegitu, bila kita punya hobi sebegini terasa dekatnya hubungan kita dengan Allah..kita boleh menanam pokok, membaja tapi dis ebaliknya siapa yang menghidupkan pokok2 tersebut, siapa yang mengeluarkan buah pokok tersebut kalau tanpa kekuasaannya?

    ReplyDelete