Syukur Alhamdulilah tiada apa yang saya boleh lafazkan selain sentiasa bersyukur dengan apa yang ada hari ini kalau nak di bandingkan dengan hari semalam. Nikmat hidup dan usia yang panjang semua atas izinNya. Saya kena banyak bersyukur dengan perjalanan hidup ini.
Cuti perayaan saya tak ada program menarik untuk kemana-mana destinasi selain ke Pulau Kukup se isi keluarga. Dapat pelawaan dari kakak untuk ke Batu Pahat tapi memikirkan anak bujang balik hanya 2 malam terasa kesian pulak saya tinggalkan begitu sahaja. Kasih sayang sangat mejadi keutamaan bagi saya.
Sebelum menjelangnya Chinese New Year molek je cik Red saya keluar pada petang khamis. Mentang2 nak CNY dengan warna merahnya. Mahu celebratekah kamu ya cik Red...hahaha
Tak payah tanyalah keturunan apa cik Red nih rasanya semua orang boleh tekakan tapi kalau orang tanya direct sure saya akan jawab BMW...hahaha. Tak agak2 akukan...hahaha
Sebenarnya sedih jugak nak tinggalkan cik Tam yang telah banyak berbakti pada diri ini tapi terpaksa lepaskan kerana bimbang untuk berjalan jauh. Mudah-mudahan cik Tam dapat tuan yang lebih baik, cermat dan berhemah seperti akukan cik Tam. Itulah harapan aku. Insyallah, sedihnya!
tahniah .... dah nampak dah kat parking petang semalam. macam mana saya tau???? itu orang utan juga duduk kat kerusi belakang kasi tau sama saya ......
ReplyDeleteAdoiiiiii...orang utan jgk yg setia bersama dan mjadi trademark...huhuhu. Malu! Kunun nk senyap2 tp mana nk sorokkan..hahaha
Deleteaaa nak naik.. nak naik hehehe
ReplyDeletehahahaa...Jaja Shalaliza boleh je
Delete