Biarpun fitnah dan kata-kata nista dari "pihaknya", bagi saya biarlah dan lama-kelamaan mereka akan malu dengan Allah dan diri sendiri, Allah yang menjatuhkan hukum dan lebih mengetahui segalanya. Di pentas dunia ini pun Allah sudah tunjukkan satu persatunya. Apatah lagi seksa dariNya di akhirat kelak. Nauzubillah.
Biarlah ianya berlalu, jauh di sudut hati saya untuk berdendam tapi hanya mampu mendoakan mereka berubah. Jangan sesekali sebagai hambaNya kita menghina sesama umat dan saya doakan moga mereka cepat kembali bertaubat.
Saya selalu terpikir nak jadi seperti semut. Bagi yang membaca dan memahami surah an-Naml ayat 19. Kata-katanya seperti berikut.
" Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatmu dalam kumpulan hamba-hambamu yang soleh. "
Kadangkala saya sendiri tidak sedar kenapa saya mengalirkan air mata apabila mendengar azan subuh. Mungkin saya mengingati betapa Allah maha pengasih dan maha penyayang kerana memberi petunjuk untuk saya membaca Al Quran saban hari, biarpun kadangkala bacaannya tersangkut-sangkut. Saya pernah dimarahi dalam dakwah kecil ketika mengajak hambanya sama-sama mengaji Al Quran. Biarlah, Allah selalu menunjukkan saya jalan untuk kebaikan. Tak mengapa, Allahkan ada...
Mungkinkah kerana diri ini terasa amat kerdil di sisiNya. Saya memahami tentang kasih sayang Allah kepada hambanNya dalam usia yang menjangkau separuh abad. Subhanallah.
Terima kasih cinta! keinginan inilah yang selalu saya lakukan dalam diam, saya banyak memujuk diri sendiri supaya mengenang bagaimana Allah memberi kekuatan yang sangat luar biasa dalam menghadapi dugaan cukup kuat 3 tahun yang lalu dan saya juga masih ingat akan tarikhnya pada 28 Januari 2011.
Sehingga kini kadangkala saya hanya mampu tersenyum dengan kata-kata dan dolak daliknya. Hurmm! Biarlah, Allahkan ada.
Alhamdulilah, Allah membuka hati dan perasaan saya bagi melihat kebesaran, kehebatan dan keagungannya. Namun saya akan rasa sedih bila melihat manusia berpura-pura dengan Allah. Sangat terkilan! Kekecewaan yang amat sangat bilamana melihat manusia yang sangat berbangga mendekati penzinaan dan kejahatan. Astaghfirullah.
Terima kasih cinta atas apa yang berlaku. Namun setiap kejadian itu mempunyai rahmatNya yang tersendiri. Dia tahu apa yang terbaik buat diri saya. Cara terbaik adalah berdoa kepadanya, bagi yang membuat silap minta ampun atas kesalahan diri untuk selamanya.
Saya percaya dengan kuasa Allah kerana sifat maha pengasih dan maha penyayang Allah. Dia pernah mengetuk hati saya untuk melakukan ibadat umrah. Ia sesuatu yang kelihatan mustahil tetapi terjadi dalam suasana yang terlalu luar biasa. Itulah nikmat rezeki yang sentiasa melimpah ruah dariNya. Alhamdulilah.
Konsep berdoa, berharap dan yakin Allah memakbulkan segala doa dan perlu disertakan dengan rasa reda. Sekiranya tidak sekarang, ia mungkin ganjaran di akhirat.
Ok cukuplah sampai di sini no story! Hati saya dan anak-anak tenang setenangnya. Tiada gundah gulana. Tiada lagi kesedihan. Allah mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan. Dengan pertolongan Allah dan dia maha berkuasa dan penyayang.
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Terima kasih cinta yang sentiasa belajar memperbaiki diri. Tiada yang kekal di dunia ini melainkan menghambakan diri kepadaNya. Terima kasih Allah dan terima kasih cinta...
No comments:
Post a Comment