Nuffnang

Thursday, March 13, 2014

MH 370 : Di Mana Sains Berakhir, Bermula Kudrat Allah

Subhnallah hebatnya kuasa Allah Taala terhadap makhluknya. Kita masih sugul mengenangkan kehilangan pesawat MH370.

Allah memberi amaran kepada semua orang dan berhati-hati dalam kehidupan harian kita. Di mana manusia lalai dengan rahmat Allah. Malaysia kini berada di satu tahap di mana rakyat Malaysia begitu taksub dengan teknologi tanpa mengira agama dan bangsa. Mereka lupa sebenarnya Allah lagi maha berkuasa. Mengenai perkara yang berlaku bahawa Allah sudah memberi amaran pemikiran dan langkah kita. Allah memperbodohkan kita semua dalam sekelip mata, manusia menjadi buntu.

Sama-sama kita menonton video ini apa yang ingin di sampaikan oleh Kapten Norudin bin Abdul Majid. Sangat berkesan di hati saya. Kerdilnya saya di sisi Allah. Segala usaha telah di usahakan masih membawa tragedi kepada fenomena. Ingat dah masuk hari ke 6 di mana sains berakhir di situlah kuasa Allah bermula.


                              

No comments:

Post a Comment