Amat sedih bila membaca kisah anak-anak muda berpesta yang
terselamat tidak sedikitpun merasa gerun atau insaf. Saya rasa takut bila melihat gambar pengunjung Melayu yang separuh bogel beredar
di media sosial. Anak-anak kita seperti sudah hilang akal
dengan mengedarkan gambar yang mengaibkan diri sendiri dan keluarga
mereka.
Wajarlah mereka ini bersikap defensif terhadap seruan untuk segera meninggalkan acara sebegini kerana mereka masih muda dan merasa seronok melayaninya. Mereka belum cukup makan garam yang masin dan memeningkan kepala seperti kita golongan ibu bapa dan penanggung jawab terhadap masalah gejala sosial ini.
Anak-anak muda ini belum merasa hidup berumahtangga, belum merasa bagaimana peritnya permasalahan dalam rumahtangga dan penceraian. Mereka belum ada anak yang membesar dengan sikap keras kepala dan sentiasa membebankan ibu bapa dengan pelbagai gejala. Mereka tidak pernah peduli dengan jumlah kematian akibat dadah, rempit, jenayah, bahkan jumlah sebenar gejala buang bayi. Mereka belum pernah ‘mati’ untuk tahu apakah akibat dari perbuatan dosa dan noda.
Teringat saya dengan artikel dari Ustaz Ravi yang saya post dalam facebook beberapa hari yang lalu, menyeru
orang ramai bersangka baik terhadap wanita Islam yang tidak bertudung
pula menyemarakkan lagi fenomena ini. Beliau artikelkan pertemuan dengan
seorang pramugari yang bertanya jika ada ustaz untuk menjadi tenaga
pengajar di maahad tahfiz keluarganya ketika melayani beliau dalam
penerbangan.
Minggu ini paparkan satu lagi mesej
yang sangat menyedihkan. Seorang gadis bertudung menyebarkan luahan
hatinya seolah-olah beliau merasa hebat kerana berani mengunjungi pesta
liar itu walaupun bertudung. Seolah-olah wanita bertudung itu boleh
melakukan apa sahaja, seperti tudung itu mampu menyelamatkan beliau dari
api neraka. Tidakkah beliau lihat bahawa seorang mangsa yang mati itu
juga bertudung?
Ingatlah! Berhijab itu adalah ketetapan Allah. Apa
yang ditetapkan ialah spesifikasi hijab itu sendiri, iaitu harus mampu
menutupi aura seksual dari perhiasan tubuh seorang wanita. Namun ia
hanyalah salah satu dari banyak jalan (sabil) agar kita memperjuangkan
keIslaman dalam diri kita dengan sepenuh hati bukan sebagai platform untuk melakukan maksiat.
Kesimpulannya jika kita masih melakukan
semua larangan lain menyentuh tentang aurat itu walaupun sudah
bertudung, jelaslah kita samada tidak faham, atau sengaja melanggar
arahan Allah. Ini jelas menunjukkan yang kita belum cukup ikhlas
memenuhi tuntutan Allah. Alasan yang pasti ialah kerana kita belum cukup
YAKIN (mengimani) Allah melalui aturan ciptaanNya. Tidak kiralah kamu melakukan setubuh atau maksiat namun tetap dimurkai Allah.
Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih”.
Artikel yang saya baca semalam ada menyebut agar jangan
kita menuntut kebebasan seperti haiwan, kerana kita adalah manusia yang
dikurniakan akal. Di kongsikan juga maksud firman Allah,
situasi bagaimana jenazah kita tidak boleh dikebumikan dengan cara Islam
dan ada masanya dosa kita tidak diampun.
Kami doakan agar kita semua sempat bertaubat dan diterima Allah taubat kita sebelum ajal tiba.
Kami doakan agar kita semua sempat bertaubat dan diterima Allah taubat kita sebelum ajal tiba.
No comments:
Post a Comment