Nuffnang

Monday, April 14, 2014

Cabaran dan Ujian Dalam Kehidupan

Alhamdulilah, berjumpa lagi di blog yang tak seberapa ini. Agak keletihan hari ini tapi perasaan untuk menaip tetap saya teruskan jua. Hari ini saya berpuasa sunat hope dapat meneruskan setiap hari isnin dan khamis. Mudah-mudahan saya dapat mengikuti jejak2 sunnah nabi SAW.





Sangat lama tak menekan papan keyboard laptop nih selalu je tak punya masa. Hidup nih macam roller coaster. Apa pun kena harunginya dengan hati yang sentiasa berfikiran terbuka dan positif thinking. Merasakan kegembiraan yang ALLAH suka dan yang membuatkan hati kita selalu tenang,  bila sedih pun tenang, bila gembira lagi lah tenangkan?

Apa pun saya sangat gembira kerana saya dah boleh berkesempatan tekan keyboard laptop ini semula! biarpun kekangan masa dengan kerjaya dan perniagaan online kecil-kecilan saya.

Sedikit motivasi yang saya nak kongsi untuk semua. Macam pakar motivasi pulak ya...hahaha. Sekadar buat halwa telinga bolehlah...hahaha. Sedikit sebanyak entri ini buat seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan saya selama hampir 20 tahun. Biarlah dan tak perlu saya sebut namanya, ini tanda saya sayang padanya dan kami pernah menjadi sebuah keluarga yang rapat dan sehingga kini tiada kurangnya. Jangan menangis dik dengan tulisan akak nih! Akak sayang kamu. Arghhh!Tiba-tiba airmata nak menitis. Sebak!

Sebenarnya kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi lebih 'cantik serta sabar' di sisi Allah.

Jangan lupa bahawa ujian yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Maksudnya Allah akan beri ujian dan dugaan mengikut kemampuan seseorang, kerana Tuhan sedang membentuk diri kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Melihat dan merenung kembali betapa cantiknya Tuhan membentuk untuk sebuah kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian.

Kadang-kadang tanpa kita sedar, Orang yang kita sayang pergi selamanya atau meninggalkan kita begitu sahaja,  memang menyakitkan dan menyedihkan. Namun bila kita berbalik pada tujuan kehidupan. Kita ada Allah! Itu yang saya pegang semasa di beri ujian Allah, rasanya lagi dahsyat tapi biarlah mereka2 yang mengetahui dan melihat dengan mata sendiri tahu perjalanan hidup saya, apa yang berlaku. Orang boleh bercakap dengan putar belitnya, menipu ibubapa dan sebagainya tapi dengan Allah jangan sesekali. Mungkin akan ada tempiasnya pada ahli keluarga dan sebagainya. Kita boleh lihat contoh2 yang sediada sudah memadai...

Ingat! Kita cuma hamba Allah. Kerdilnya kita umpama sebesar zarah di sisi Allah.  Daripada Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. Kita semua sekadar pinjaman buat kita. Allah pinjamkan saya suami dan anak2. Tapi Allah nak didik hati saya, kasih sayang itu pinjaman Allah. Saya tak tahu sampai tahap mana perjalanan hidup saya, mungkin jodoh yang tak panjang atau Allah tarik buat selamanya. Semuanya boleh berlaku dan hati manusia yang tidak boleh dijangka. Kita kena bersyukur sebab Allah nak tumpuan kasih hanya padaNya. Esok pasti ada buat yang percaya. Jangan bersedih sebab kita ada Allah.

2 comments:

  1. Kak ct is the very best kakak I ever had...will always love u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear. Jgn takut dgn kedaan hidup kita ada Allah. Sentiasa bersangka baik dgn Allah, perancangan Allah hanya Dia sahaja yang lebih mengetahui perjalanan hambaNya..

      Delete