Nuffnang

Saturday, September 20, 2014

Tips Mendidik Diri Bawa Bekal Makanan Ke Pejabat

Salam pagi sabtu yang ceria ya uols. Kita kerojer pagi nih...hukhukhuk. Bagi tisu selai sini....hahaha. 

Ishhh2 Idok ler teman nangis di beri arahan kerja jumaat dan sabtu. Terima dengan hati yang terbuka dan set minda Alhamdulilah beruntung ada kerjaya yang sudah agak selesa kalau nak di bandingkan dengan mereka2 yang masih terkial2 mencari kerjakan. Kena banyak bersyukur.



 



Sekadar nak berkongsi bagi yang di tempat kerjanya jauh dari cafe, kantin dan whatever la. Situasi ini terjadi pada aku sekarang sejak berpindah ke bangunan baru, kalau nak cari makan dan minuman memang kena memandu agak jauh. Kalau menapak mahu berlendir ketiak...hahaha. Dah tak ada option lain, bawalah bekal dan save on expenses. Lagi satu aku rasa dah jemu tiap2 hari dengan menu yang sama dan kandungan MSG yang banyak. Makaiiii! Takutnya.

Whatever the reason sekarang aku tengah belajar untuk bawa bekal makanan biarpun sangat simple. Supaya aku boleh menikmati makanan yang sihat sebagaimana selayaknya. Enjoy having good food dan dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dengan rezeki dariNya, Insyallah.






Keduanya bila aku dapat makan di pejabat masa aku dapat banyak manafaat pada waktu pagi. Kalau aku keluar sekurang2nya aku kena amik masa 1 jam untuk makan dan perjalanan. Ini aku boleh makan dalam masa 20 minit dan selebihnya sempat aku buat solat Dhuha. Maaf bukan aku menunjuk tapi aku nak mencari seribu kebaikan diri sendiri so inilah yang cuba laksanakan sekarang.






Sekarang nih boleh di katakan tiap2 hari aku bawa makanan sendiri untuk lunch di office just to make ends meet. Biasanya queker oat dan sudah di variasikan dengan buah2an. Kadang2 tuh nasi goreng, pancake dan pelbagai lagi. Tak susahkan?


Budaya bawa bekal ni sebenarnya antara budaya orang Melayu. Digalakkan dan sangatlah bagus.

Pembaca blog saya pun boleh melakukannya seperti saya. Kita gembirakan diri sendiri dengan perkara yang baik-baik.

2 comments: