Nuffnang

Thursday, July 30, 2015

12 Jam Berlalu

Alhamdulilah hari ini Allah izinkan aku menulis dalam blog usang ini. Semalam telah pun berlalu peristiwa perit sehinggakan melibatkan pihak forensik. Biarlah ianya berlalu sebab masih dalam siasatan, Aku bersyukur semuanya selamat!

So beberapa jam setelah aku sibuk dengan kes semalam. 




a. Rombakan Kabinet Baru

Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14

Secara keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Menteri baharu telah dilantik.

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).

b. Muhyiddin & 4 lagi Menteri di tendang Dalam Rombakan Kabinet Baru

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru saja dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan.

Dalam satu sidang akhbar tergesa-gesa-diadakan di Putrajaya tengah hari tadi, Perdana Menteri Najib mengesahkan khabar angin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai timbalannya.

Khabar angin tersebar awal hari ini bahawa Muhyiddin bersama-sama dengan menteri lain yang bertindak mengkritik pengendalian Putrajaya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan "ditendang" sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet.

It has been a super fruitful few hours, Rasanya inilahdia erti politik sebenar. Being in real life. 

No comments:

Post a Comment