Nuffnang

Monday, July 27, 2015

Chasing Daylight @ Mengejar Kehidupan

Alhamdulilah.

Segala puji bagi Allah yang telah mengilhamkan untuk aku menulis dalam blog ini. Yeah! Syukur aku masih mampu melakukan puasa sunat hari ini seisi keluarga. Moga hidayah Allah sentiasa bersama kami.

Bagi yang membaca buku 'Chasing Daylight' oleh Eugene O’ Kelly telah memberi aku perspektif yang segar tentang hikmah kehidupan. Dari penyampaian yang tulus ikhlas, mengupas isi hati penulis berkaitan pahit-manis kehidupan serta detik-detik beliau mengharungi kematian. Ada beberapa hikmah yang besar serta mendalam disebalik kewajipan berpuasa serta perayaan hari kemenangan contohnya bulan Syawal yang disyariatkan dalam Islam.





Beberapa bulan sebelum kematian O’Kelly, beliau menikmati kecemerlangan kerjaya serta kehidupan yang mewah disamping isteri, anak-anak, keluarga serta sahabat handai.  Sebagaimana seorang yang berada di kemuncak kerjayanya, O’Kelly sentiasa dalam kesibukan mengurus syarikat kepunyaa beliau serta kerjayanya, dengan merancang masa depan yang cemerlang puluhan tahun ke hadapan.

Pada bulan Mei 2005, beliau telah dikejutkan dengan diagnosis bahawa beliau menghidapi kanser otak tahap akhir, dan diberitahu bahawa beliau hanya tinggal antara tiga hingga enam bulan untuk hidup. 

Kes-kes mengejut begini telah sering kita dengar.  Nasihat kepada penghidap “kanser terminal” yang lazim kita dengar ialah supaya mereka menguatkan minda, melupakan kesengsaran yang dihadapi, dan berusaha sedaya upaya untuk meneruskan hidup, bahkan meneruskan kerjaya secara “business as usual” supaya mereka beroleh kekuatan dalam mengatasi penyakit kanser yang diketahui amat mudah merebak dengan stress.






Bagi O’ Kelly, lain pula kesnya.  Beliau telah ambil tindakan yang diluar dari kelaziman.  Beliau redha dengan apa yang berlaku pada dirinya.  Sebaik sahaja menerima berita mengejutkan ini, beliau telah berhenti ke pejabat, malah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO KPMG dengan serta merta untuk berlaku adil kepada firma, keluarga serta saudara-mara beliau. Meskipun agak terlewat, namun beliau memilih utk melaksanakan prioriti sebenar kehidupan bagi kebanyakan kita yang dibuai kelalaian dalam mengejar kesenangan hidup sehingga ada yang mengorbankan keharmonian, nilai, serta kemanusiaan. 

O’ Kelly bertuah kerana beliau sekurang-kurangnya mengetahui bahawa beliau ada tiga bulan untuk hidup.  Hakikatnya, hanya segelintir sahaja yang berpeluang untuk tahu bilakah kita dijangka menemui ajal.

“Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.- Al-Qur’an: Al-A’raf:34

O’Kelly telah mengambil langkah bijak menggunakan kepakaran serta pengalamannya sebagai CEO untuk melaksanakan rancangan 3 bulan beliau untuk menemui penciptanya.  Beliau telah mengambil langkah bina hubungan dengan isteri, anak-anak keluarga terapat termasuk ibu-bapa serta sahabat handai. Beliau telah membelanjakan harta untuk menderma serta membantu mereka yang memerlukan. Beliau juga menghabiskan masa dengan pencipta, muhasabah diri, serta bersungguh-sungguh membersih hati, serta nasihat-menasihati kearah kebaikan. 

Pendek kata, menjalankan kehidupan yang seimbang dengan melaksanakan perkara menjadi keutamaan hidup setiap individu tidak wajar ditangguhkan hingga ke hari esok kerana, rata-rata, ajal-maut itu akan datang tanpa sebarang peringatan.

Menyebut tentang menjalankan kehidupan yang seimbang, setiap diri mempunyai azam untuk hijrah kearah kebaikan. Semakin usia meningkat, azam ini semakin tebal serta kuat. namun azam untuk memperbaiki diri adalah perkara yg sering ditangguhkan perlaksanaannya sehingga tiba suatu masa serta ketika yang 'sesuai'.

Ramai yang terus dilalaikan dengan tugas seharian dan saban hari gagal melaksanakan azam yang baik ini, sehingga akhirnya terlewat.

Moga kita terus mengambil pengajaran yang sangat baik di atas dan terus istiqamah dalam kehidupan, biar apa pun orang memperkatakan tentang diri kita. diam dan terus doakan mereka. Insyallah

2 comments:

  1. bagus jugak buku ni ek kak, nak cari jugak la buku ni

    ReplyDelete
  2. Ya bgs sgt Ann Ishak. Carilah dan baca :(

    ReplyDelete