Nuffnang

Sunday, July 26, 2015

Ziarah Menziarahi Waktu Bulan Syawal

Alhamdulilah pejam celik dah hari ini dah 10 Syawal. Kalau orang Johor menyambut Syawal agak lama...hihihihi.

Sebenarnya bulan Syawal memberikan peluang untuk kita berusaha perbaiki diri. Inilah masa untuk membersihkan hati dan untuk membina sikap rendah diri serta bersangka baik.




Dalam usaha mengeratkan silaturrahim melalui ziarah melalui rumah terbuka yang menjadi budaya masyarakat Melayu, ada yang menangguhkan ziarah dengan alasan menunaikan sunnah serta mengambil fadhilat berpuasa 6 hari. Ini yang saya baca dari hadis, bukannya dari mulut aku ya.

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadis Riwayat Muslim

Sayugia diingatkan bahawa puasa bukanlah penghalang ziarah menziarahi yang bertujuan utama mengeratkan silarurrahim.  Ingatlah bahawa, tujuan utama ziarah Syawal bukanlah untuk menikmati juadah raya.  Kiranya tujuan utama ziarah adalah menikmati hidangan yang lazat-lazat, maka ada baiknya untuk terus berkunjung ke restoran-restoran kerana yang demikian itu tidak mengundang kecil hati tuan rumah, kerana melihat tetamunya lebih cenderung kepada hidangannya dari bertemu serta berinteraksi dengannya.

Ibnu Umar RA diriwayatkan telah tetap hadiri jemputan walaupun berpuasa. 

Ini berdasarkan hadis

“Jika dijemput sesaorang daripada kamu ke majlis jamuan, maka penuhilah jemputan itu. Jika dia sedang berpuasa,  doakanlah tuan rumah itu. Dan jika tidak berpuasa, maka makanlah.” - Hadis Riwayat Muslim.  


Anyway Selamat Hari Raya dari saya dan keluarga.   


No comments:

Post a Comment