Nuffnang

Wednesday, July 8, 2015

Kuih Akok Pojaan Hatiku

Assalamualaikum pembaca blog ini. Alhamdulilah dengan syukur nikmat yang Allah pinjamkan sehingga boleh menaip blog ini.

Semua orang tau. Eh! semua orang tau ke? Incik suami aku je kot yang tau...hahaha. Bahawa isteri dia nih suka sangat kuih akok. Tau tak kuih akok. Ala kuih oghe Kelate yang ghaso lemak2 manih tuh. Hah! Tau kan....hihihihi








Aku suka suka giler kuih akok tapi lom tahap sampai giler la. Puasa kali nih puas aku ngadap kuih akok. Incik suami  rajin belikan, dia tahu isterinya yang sorang nih suka sangat kuih akok. Sedap nyah! 
 
Dekat Johor Bahru nih agak susah nak dapat kuih akok, kalau ada pun bila ada bazar Ramadhan. Tajuknya setahun sekali aku boleh menjamah...huhuhu. Kalau tak pun, jumpa makan dalam mimpi je...hahahaha. 

Kalau ada pun susah la nak dapat  yang betul2 sedap. Aku suka satu tempat je dekat bazar Ramadhan Taman Sri Pulai. Gerai yang mula-mula masuk tuh, peniaganya oghe Kelate. Ingat nanti nak minta alamat dan contact no dia, bila tingin tekak nih boleh calling2 dia je. Senang kerojer aku dak...hahaha

 

 
Alooooo! Incik suamiku macam lupa pulok minggu nih lom belikan kuih akok untuk buah hati dia...hahaha. Lupalah tuh, kang baca entri aku nih confirm kuih akok dah ada atas meja dapur....hihihi. Sengih-sengih ler tuh baca blog aku nih...hahaha

Kuih akok dia memang sedap, kalau tak abis masa buka puasa nih aku masuk fridge kemudian esok nak sahur terus masuk dalam microwave, terus lembut balik. Sedap ko! Jujur lah aku nak cakap orang yang meniaga nih masak dengan ikhlas hati sebab kuihnya berkualiti, memang memenuhi spec aku. Tahap standard ISO...hahaha. 

Kalaulah akak yang meniaga kuih akok nih terbaca blog aku confirm gembira sampai terguling-guling...hahaha. Itulah realitinya tapi jangan tanya resepi hokey. Korang tanya incik google lagi baik...hahaha. Aku pandai makan jek! Maaf ya nyah...hahahaha

No comments:

Post a Comment